13 September 2015

Orang berbaju putih

Masjid tanah-lubuk china-batu hampar-rembau-simpang ampat-padang kambing-jumpa hantu-masjid tanah

2 minggu lepas ada buat delivery ke Rembau. Waktu penghantaran ialah 6.30ptg. Sampai di rembau kul 7.30ptg. Lepas sekejap balik semula ke Masjid tanah. Ikut laluan rembai - Chengkau pula. Sampai simpang ampat dalam pukul 9.00mlm bawa slow malam-malam jarak penglihatan akak kurang sikit.

Simpang ampat-padang kambing.. masa dalam perjalanan ini adik cakap momee ada orang tahan nak tompang kereta kita. Haaisshh dalam hati kata apalah budak ni bising lah pula. Mak dia diam tak jawab

Mak sudah nampak. Tapi diam dalam hati baca jer ayat kursi. Bawa laju boleh tahan untuk lepaskan objek tu. Objek tu macam orang pakai warna putih tahan kereta. Orang atau hantu. Tidak pasti. Berdiri tepi jalan.. seram lah juga. Si abang ada tapi dia tak perasan. Dah jauh baru tanya abang ada nampak orang pakai baji putih berdiri tepi jalan ke tidak tadi. Tak de pun pun momee. Maknanya dia tak nampak adik sahaja yang nampak..

Apakah itu?

Tidak pasti ..biarlah..

Kalau cerita dengan kakak mesti dia kata kenapa lah benda ni suka sangat dengan ko.. tiada jawapan yang tepat untuk di bagi. Sebab selalu sangat nampak dan jumpa..huuuu...spesis apa lah aku ini?

Pernah tanya orang pandai-pandai. Jawapannya ko tu baik. Sebab tu benda ni suka. Benda-benda ni suka orang baik-baik. Ia ye ke?

Gelak jap

Ok bai

No comments:

Post a Comment