06 October 2015

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH MELAKA RM4.00

Lama sungguh tidak makan Nasi Kukus Ayam Berempah. Masa duduk Kuala Lumpur makanan pilihan sebab senang. Pindah Sungai Petani tidak ada pulak. Di Melaka.. makcik jumpa kedai begini apa lagi angkut 1 batalion lah.

Macam biasa hujung minggu jalan-jalan cari makan. Tempat di tuju pasti bandar Melaka. Sebab kat bandar macam-macam pilihan makanan. Sebagai blogger mesti hendak cuba pelbagai makanan baru yang ada. Kawan-kawan mengsyorkan nasi kukus ayam berempah di sebelah UITM Kampus Bandaraya Melaka. Cari punya cari di Jalan Kilang off Jln Munshi..

https://foursquare.com/user/141924715/list/melaka-nasi-kukus-ayam-goreng-berempah



Billboard Kedai

Kedai betul-betul tepi jalan. Sebelah bangunan Graha Maju, sekarang telah dijadikan UITM Kampus Bandaraya Melaka. Bila ingat-ingatkan semula dekat bus stand lama sebelum pindah ke Melaka Sentral. Banyak kenangan tempat tu..




Ayam berempah

Ayam besar-besar. Tanya pekerja potong berapa. Potong 8 kak... uiihhh puas hati makan. Sebab ayam besar-besar. Selalu jumpa ayam potong 12.. Budak-budak 4 orang ni apa lagi serbu. Si kembar sedap mummy.. nanti datang lagi. Si abang nak tambah lagi boleh? Ayam dengan sos dia sedap. Tapi memang sedaplah. Ayam goreng terasa rempah.





Rempah free... dah goreng hokey


Kita kalau makan ayam goreng rempah tu yang sedap.. rempah yang garing...betulkan? Tauke kedai sudah siapkan 1 bekas rempah dari ayam goreng. Ambil berapa banyak korang hendak makan. Hanif ambil ratah..dalam pinggan dia sudah habis.. malu hendak ambil lagi. Dari pinggan mak juga dia ambil. Maknanya betul-betul sedap. Hanif pemilih sikit orangnya. Bila jumpa sesuatu yang sedap dia akan makan bersungguh-sungguh.






Set ayam goreng berempah


Set ayam goreng berempah berbaloi. RM4.00 tanpa air. Kena bagitau korangn sebab kalau bawa duit RM10.00 boleh makan bedua. Sesuailah bawa awek makan di luar. RM5.00 nasi +air. Makan 5 orang RM25.00, tanpa service tax dan GST. Pasti datang lagi nampaknya. Terkejut mak dengan harga nasi ni. Akak rasa korang sukalah. Masa kami datang ramai pelanggan yang datang. Dari Kuala Lumpur dan Singapura pun ada. Orang cina dan India pun ada. Sebab sedap dan murah. Senang parking dan terletak di kawasan yang senang hendak di cari. Orang ramai tahu sebab Harian Metro dan Sinar pernah buat cerita pasal kedai ini. Memang patut kerna sedap dan berbaloi...




Abang dan adik bersedia untuk makan

Duduk meja depan. Sebelah kaunter mengoreng... fuhh bau baik punya. Bau rempah ayam goreng. Bertambah selera makan. Korang hendak tahu tak? Sos dan kuah lain dari yang lain. Sebab kedai lain akan bagi kuah kari tapi kedai ini lain. Cili bukan sambal belacan tau.. dia pakai sos. Masam-masam, manis-manis.. macam mana nak terangkan yer... korang pergi lah makan sendiri..sudah rasa baru tahu...





Hakim makan tak toleh dah

Tempat duduk mencukupi. Tapi waktu tengahari kena cepat sebab memang ramai orang datang terutama hari bekerja. Kedai di buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi - 6.30ptg.


Ayam dan sos cili


Secara kebetulan tuan kedai En Megat.. ada waktu tengahari tu akak pun tanya lah. Sehari berapa ekor abang jual.. dia kata 70 ekor. Hambik ko... 8 cawangan... yang beroperasi sekitar negeri Melaka. Rasa di semua kedai sama sebab ayam di proses satu tempat. Macam KFC lah... so rasa maintainlah di semua kedai dan cawangan dia...😆

1. Pekan sg udang
2. UiTm Lendu
3. Bukit Baru
4. Persimpangan Pulau Gadong-Klebang
5. Taman Perkota, Batu Hampar
6. UTEMT
7. Persimpangan Peringgit
8. Telok Mas.

Konsep kedai ini mudah.. kedai mampu makan. Betul-betul mampu.. korang kalau datang Melaka, korang cari kedai ini. Akak pergi kedai kat Bandar. Ingat landmark sebelah UiTM jalan bandar. Taip jer Uitm Kampus Bandaraya Melaka kat waze mesti jumpa. Kedai tepi jalan.




Makcik hendak makan

Minggu depan lepas abang PT3.. kami datang lagi tau Encik Megat.. syiookk..malam tadi mimpi ayam goreng berempah...

Kalau sesat call En Megat Zainuddin -019 3944743. Dia akan membantu tunjuk arah. Kalau hendak buat tempahan pun boleh. Yang hendak kahwin tidak lama lagi dan sedang memcari kos yang murah. Ini pilihan anda...

Selamat mencuba..

Ok bai..

10 comments:

  1. ala murahnya harga tu, mcm nk turun melaka..nt pcl roger makcik.ye.

    ReplyDelete
  2. Alamak...terbaca time tgh hari lak..mana nak cari ayam berempah ni... Adehh... Tp bab rempah free tu mmg best... Itu yg sedap tuu...

    ReplyDelete
  3. tgok ayam berempah tu terus lapar perut

    ReplyDelete
  4. Laparnya tgk...harga tersangat murah...nak pi makan lah cm ni book mark!

    ReplyDelete
  5. Dah la.tengah lapar ni..haishhhh...sedap pulak tengok makanan tu...

    ReplyDelete
  6. Murah tu kak. Ayam pun nampak sedap. Kalau pi melaka boleh pi situ

    ReplyDelete
  7. perghhhhh sedapnya! tgk pun dah terliur
    datang melaka wajib makan kat sini

    ReplyDelete
  8. mesti budak uitm selalu lepak sini..hehe..nampak cam sedap tu ayam berempah dia..

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...