Musim raya Aidil Adha ni banyak dapat daging dari korban yang di jalankan. Tahun ini sahaja ada Kampung Seri Terubuk mengorbankan 5 ekor lembu. Penuh peti ais.
Bila kita hendak masak daging atau tulang kadang-kadang dagingnya liat dan lama untuk lembut. Ini akan menjadi masalah kepada kita untuk makan. Gigit-gigit tercabut gigi.. masalah kepada yang pakai gigi palsu, budak kecil dan yang tidak punya gigi.
Semalam semasa duduk dengan makcik-makcik cerita macam mana hendak lembut atau empukkan daging. Bukan daging lembu atau kambing sahaja, petua ini boleh juga di gunakan untuk masak lauk itik atau ayam kampung.
Masa arwah mak masih hidup ada juga guna petua ini. Sekarang kakak yang rajin masak mengunakan petua tersebut. Adik dia ni pun pernah cuba. Alhamdullilah menjadi. Oleh itu kita share dengan kawan-kawan semua.
1. Betik Muda
Kakak selalu mengunakan betik muda. Sebab betik muda banyak tumbuh di keliling rumah dia. Seelok-eloknya sebiji putik betik. Basuh betik tersebut, potonh dan masukkan kedalam lauk daging yang kita sedang masak. Getah pada betik tersebut adalah agen yang melembutkan daging yang keras.
2. Pangkal dan hujung timun
Pangkal dan hujung timun? Macam mana kak? Laaa... ada yang tidak tahu. Beli timun kan ada hujung dan pangkal.. itu lah dia. Potong dan kemudian di masukkan kedalam lauk. Gerenti lembut. Bahan ini paling senang hendak cari. Guna sebiji timun sudah cukup untuk melembutkan seperiuk daging.
3. Daun Nangka
Jika rumah kita ada pokok nangka, daun nangka boleh di gunakan untuk melembutkan daging. Ambil beberapa helai daun nangka dan basuh hingga bersih. Masukkan kedalam periuk. Insyallah daging akan cepat lembut dan empuk
4. Biji Buah Kurma
Cara ini di ajar oleh seorang makcik semasa berada di surau semalam. Rupanya berguna juga biji kurma ni. Selalu buang sahaja. Sekarang boleh guna untuk mengempukkan daging. Ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangkan jangan lupa keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.
5. Sudu Tembikar
Sumber ini jangan gelak yer. Arwah mak pernah guna pakai semasa masak lauk itik. Daging itik liat. Sudu tembikar ini lah yang dia guna. Bunyi kelakar. Tapi menjadi.
Musim raya korban, mungkin memerlukan petua-petua ini. Selamat mencuba
Ok bai
Bila kita hendak masak daging atau tulang kadang-kadang dagingnya liat dan lama untuk lembut. Ini akan menjadi masalah kepada kita untuk makan. Gigit-gigit tercabut gigi.. masalah kepada yang pakai gigi palsu, budak kecil dan yang tidak punya gigi.
Semalam semasa duduk dengan makcik-makcik cerita macam mana hendak lembut atau empukkan daging. Bukan daging lembu atau kambing sahaja, petua ini boleh juga di gunakan untuk masak lauk itik atau ayam kampung.
Masa arwah mak masih hidup ada juga guna petua ini. Sekarang kakak yang rajin masak mengunakan petua tersebut. Adik dia ni pun pernah cuba. Alhamdullilah menjadi. Oleh itu kita share dengan kawan-kawan semua.
1. Betik Muda
Betik muda
Sumber gambar dari Google
Kakak selalu mengunakan betik muda. Sebab betik muda banyak tumbuh di keliling rumah dia. Seelok-eloknya sebiji putik betik. Basuh betik tersebut, potonh dan masukkan kedalam lauk daging yang kita sedang masak. Getah pada betik tersebut adalah agen yang melembutkan daging yang keras.
2. Pangkal dan hujung timun
Timun
Sumber gambar dari Google
Pangkal dan hujung timun? Macam mana kak? Laaa... ada yang tidak tahu. Beli timun kan ada hujung dan pangkal.. itu lah dia. Potong dan kemudian di masukkan kedalam lauk. Gerenti lembut. Bahan ini paling senang hendak cari. Guna sebiji timun sudah cukup untuk melembutkan seperiuk daging.
3. Daun Nangka
Daun nangka
Sumber gambar dari Google
Jika rumah kita ada pokok nangka, daun nangka boleh di gunakan untuk melembutkan daging. Ambil beberapa helai daun nangka dan basuh hingga bersih. Masukkan kedalam periuk. Insyallah daging akan cepat lembut dan empuk
4. Biji Buah Kurma
Biji buah kurma
Sumber gambar dari Google
Cara ini di ajar oleh seorang makcik semasa berada di surau semalam. Rupanya berguna juga biji kurma ni. Selalu buang sahaja. Sekarang boleh guna untuk mengempukkan daging. Ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangkan jangan lupa keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.
5. Sudu Tembikar
Sudu tembikar
Sumber gambar dari Google
Musim raya korban, mungkin memerlukan petua-petua ini. Selamat mencuba
Ok bai
Mak SA masukkan sudu besi ...
ReplyDelete