25 September 2015

KEK PISANG CAIR DIMULUT



Kek Pisang Aidil Adha

Setiap tahun hari raya Aidil Adha, duduk negeri mana pun akak akan buat kek pisang. Sebab kek pisang mudah di terima mana-mana tekak. Kadang-kadang ada orang tidak suka kek coklat, kek cheese, kek butter atau kek berkrim. Ikut tekak masing-masing. Kek pisang ini mudah untuk di buat. Jika ingin menjalankan perniagaan membuat krk pisang boleh guna resepi ini sebab 1 resepi boleh buat dalam quantity yang banyak.

Belajar dari Auntie Hasma Noor. Thank you auntie for the very good recipe you gave me.. muaahhh..

Akak mengunakan loyang 7 inci.. dapat 3 loyang. Boleh pergimsurai semasa gotong royong korban. Pisang pula adalah bahan yang murah dan senang hendak di cari. Dalam resepi ini ada mengunakan glycrine. Jika tidak mahu mengunakan bahan tersebut pun boleh. Tujuan bahan tersebuat adalah untuk melembapkan lagi kek. Glycrine bukan terhad untuk kek pisang sahaja. Kek chocolate moist dan carot cake juga boleh mengunakan bahan ini. Bahan ini boleh di beli di kedai bahan kek. Harga lebih kurang RM2.00 lebih..

Jom kita buat

Kek pisang

bahan:-

A
200gm butter
200gm marjerin
1 sudu makan ovellete
450gm gula custor(gula pasir biasa pun boleh)
1/4 sudu teh garam

B
7 biji telur A = 450gm(tak pernah timbang pooonn)

C
500gm pisang (timbang selepas buang kulit jika tidak berat kulit je nanti)
2 sudu teh esen pisang
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu makan glycerine - kek kita akan moist guna bahan ini
(kisar semua bahan ni)

D
550gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
4 sudu teh baking powder
3 sudu makan tepung susu
(ayak semua bahan ni)


cara:-

1. Pukul bahan A sampai gebu.. masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan bahan C dlm A + B
3. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit hingga rata
4.Bakar hingga masak... dengan suhu 180c

petua kek ni akan mudah hangus jika dijaga apinya..

Selamat mencuba

Ok bai

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...