21 September 2015

LEMON ROASTED CHICKEN WITH BLACK PEPPER GRAVY



Lemon Roasted Chicken

Ayam bila di panggang memang sedap. Semalam masak lasagna. Hari ini minta ayam panggang. Ok kalau korang hendak ayam panggang pergi beli ayam di kedai depan. Supermarket depan rumah. Boleh suruh pergi beli. Sambil itu boleh ajar diaorang cara beli ayam.

Abang Hakim telah di tugaskan untuk membeli ayam. Hari ini harga ayam 1kg =RM6.80 . Bawa RM20.00 berbaki RM6.70. Maknanya ayam tadi 2kg lebih. Mak ambil tanpa tengok resit berapa ringgit harga ayam.

Ambil dari tangan dia terus bersihkan. Sebab ayam perlu perlu di perap 3 jam. Cuci buang buang leher dan montot ayam...hiiii. Cuci dalam ayam dari segala kotoran batu perap.

Macam mana hendak membersih seekor ayam. Lepas basuh beesih lumurkan dengan garam halus. Kemudian bilas buang garam dan lendir yang melekat pada badan ayam. Selepas itu baru perap ayam dengan bahan untuk perap







jom cuba resepi saya


resepi

1 ekor ayam
2 biji jus lemon
daun rosemary
2 sudu besar lada hitam - di tumbuk / kisar
2 sudu besar serbuk pasley
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar butter
1 cawan nasi 3/4 masak
2 biji kentang -salad potato.
2 biji tomato
2 biji bawang besar
Kulit lemon yang di buat jus tadi

Cara:
1. Siapkan tempat pembakar yang di balut dengan aluminium foil
supaya senang untuk membasuh
2. Gaul garam, gula, serbuk pasley dan lada hitam
3. Lumurkan semua bahan ini di seluruh ayam.
4 . Letakkan ayam dalam tempat pembakar
5. Kentang, bawang dan tomato di potong dadu.
6. Sumbat kentang, bawang dan tomato dalam perut ayam.
7. Tutup dengan lemon dan curahkan jus lemon atas ayam
9. Balut ayam dengan pembalut makanan dan masuk kedalam peti sejuk
10. Perap selama 3 jam
11. Selepas 3 jam keluarkan dan letak butter atas ayam
12. Bakar ayam selama1 1/2 jam dengan suhu 250 c
13. Masak sehingga kekuningan

>ayam akan mengeluarkan air yang banyak semasa di bakar. Keluarkan air tersebut untuk di buat gravy.



au nipis

selamat mencuba

ok bai

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...