21 September 2015

IKAN SWEETSOUR

Ikan sweet sour @ikan masam manis. Selalunya orang akan masak mengunakan ikan siakap atau ikan talapia. Selalu orang akan pergi ke kedai masakan siam untuk menikmati makanan ini. Kalau makan di kedai pasti harganya RM30.00-RM40.00 sekali makan. Mak tak sanggup bayar mahal-mahal. Baik masak di rumah.



Ikan SweetSour

Pilihan ikan terpulang. Anak-anak suka ikan siakapmataunikan talapia. Isi ikan putih. Tapi isi ikan ini agak tawar. Arwah mak suka masak ikan ini samada masak lemak cili padi atau sweetsour.

Bahan untuk sweet sour

Seekor ikan siakap
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili boh
5cm halia
200gm cili sos
50gm tomato sos
2 biji cili merah
1biji tomato
2 helai daun limau purut
Gula
Garam
Capcicum sebagai tambahan
Minyak masak
Serbuk Kunyit

Cara penyedian ikan

1. Bersihkan ikan siakap.
2. Buang sisik dan cuci dengan asam jawa tujuan menghilangkan hanyir ikan
3. Panaskan minyak dan letakkan 2 kepingnasam keping supaya ikan tidak melekat di kuali.
4. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan
5. Apabila minyak sudah betul-betul panas masukkan ikan
6. Masak sehingga ikan garing dan angkat.
7. Letak dalam pinggan yang besar

Cara penyedian sweet sour

1. Kisar bawang merah 2 biji, bawang putih, cili merah dan halia
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau
3. Masukkan cili boh dan masak hingga cili sedikit garing
4. Masukkan tomato dan cili sos kacau rata
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan daun limau dan tomato potong kacau hingga tomato masak
7. Potong dadu capcicum dan hiris bawang merah
8. Curahkan sos sweet sour atas ikan

Selamat mencuba

Ok bai

1 comment:

  1. Betul tu Kak...kita masak sendiri x banyak costnyaa...

    ReplyDelete