22 September 2015

ISU MINTA SHARE RESEPI

Hari ini gi belajar buat roti. Roti yang cikgu ni ajar semua sedap-sedap. Ada ker roti tidak sedap? Tapi rasa roti ini lain dari yang lain. Bentuk simple-simple je. Ambil isi inti tepek-tepek. Dalam hati kata oii.. senang jer ko buat roti. Senang dan sedap



Butter Garlic

Balik dari kelas akak pun post gambar di IG dan share dalam group kawan-kawan. Tapi paling haru ialah minta share resepi. Emmm boleh bagi no problem. Tapi jawapan yang menyakitkan hati kita kalau tidak mahu bagi. Kedekut ilmu lah, ilmu tidak bawa mati lah.. orang lain boleh kenapa awak tidak boleh.

Jawapan yang akak bagi. Bukan tidak mahu share. Tapi kita bawa amanah cikgu yang mengajar. Kalau dia kata tidak boleh. Macam mana? Sebab bukan semua orang macam kita boleh share resepi sesuka hati. Dia punya seban untuk tidak mengizinkan. Sebab itu harga pencarian dia betul atau tidak?

Bagi akak pulak. Boleh share tetapi tidak boleh direct resepi dari guru yang mengajar. Akak akan ubah suai sedikit mengikut kesesuian akan mencari bahan untuk buat. Sebab ada 1 jenis manusia kita dah bagi boleh kata kenapa tidak jadi. Jawapannya itu adalah resepi professional. Sebab itu kena ubahsuai sikit.

Kita sebagai penulis resepi ini kalau hendak bagi petua atau resepi bukan main cedok orang punya. Kena buat sendiri dulu, bila sudah berjaya baru kongsi kepada pembaca. Bukan semudah yang kita lihat.

Ada orang suka cilok cut dan paste. Akak banyak kali kena, abang mat gebu selalu kena. Kami penulis blog selalu akan tulis credit resepi . Contoh ambil resepi dari blog tiffinbiru. Tulis lah credit kepada tiffinbiru. Ada juga tidak buat. Ini sebagai menghargai dia sebagai penulis resepi. Sebelum tulis dia buat research terlebih dahulu. Bukan mudah seperti ABC.


Minta maaf kalau ada yang sentap

Ok bai

3 comments:

  1. itulah ragam manusia kak..sepatutnya nak jadi blogger kenalah beradab jugak kan...dah amek dari blog orang lain kenalah bagi kredit bukan main amek jer...bak kata orang skang kak #kipidap #dongibap hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak zura...yaya singgah sini kak...hihii....hurmm....setuju akak kata...resepi tu lah mata pencarian..hihihii

    ReplyDelete
  3. Betul tu..mmg ramai x credit kat penulis bila copy and paste

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...