03 July 2015

Chinese food di Huang di Chinese Restoran A Famosa

Assalamualaikum

Restoran makanan cina  yang orag islam boleh masuk tidak banyak. Masa duduk di Kuala Lumpur selalu pergi restoran Cheng ho kedai amy serach tu.. tak pun restoran Alladin di kelana Jaya.. Yang paling dekat dengan rumah restoran Pak Tam di Kg Pandan..

Tapi sekarang tak susah lagi sebab ada kedai restoran makan cina yang orang islam boleh makan. Terdekat dengan Restoran Huang di A Famosa.  bulan ramadhan ini Huang di Chinese Restaurant menyediakan set menu berbuka puasa. Teringat kata anak-anak sedap momee.. nanti kita datang lagi rasanya berbaloi untuk kami lima orang makan dengan package yang di sediakan

Semua makanan kegemaran anak-anak.. paling penting ada nassi putih.. bersorak si adik dapat nasi putih.. dia spesis kuat makan..alhamdullilah mak ko pandai masak..

Masakan yang disediakan sesuai dengan citarasa orang melayu. pedas, masam, manis.lemak semua  ada..paling teruja hendak makan ialah sayur campur bercili.. ada terung, rebung dan bendi

abang hakim paling suka udang masak lemak.. itu dah tentu kegemaran dia.. makan bang sampai puas.. yang si kembar siap cakap nasib baik saya dah simpan tempat dalam perut nak makan makanan ni..

Restoran ini menawarkan  dua package untuk majlis berbuka puasa. Harga antara RM277 -RM417
Restoran dibuka dari petang hingga 12 malam..

Saya nasihatkan sebelum datang sebaiknya buat tempahan terlebih dahulu. no tel : 019 6001099

Restoran ini terletak di dalam theme park A Famosa.. masuk sahaja dari pintu gerbang kita sudah dapat melihat theme park. Tempat meletak kereta mencukupi dan mudah.

Jika anda dari arah Kuala Lumpur atau Johor masuk toll simpang Ampang . Dari toll ke A Famosa hanya 10 minit.

piiisttt... makan sampai puas tau.. sebab memang lain dari yang lain...Berbaloi.. dengan duit, sedap dan puas hati
.




Ini adalah package pertama.. boleh buat pilihan mana yang kita hendak makan


Ini adalah package kedua..  pilihan di tangan anda






Sayur cili. sedap.. sebab ada rebung kesukaan ku



Udang masak lemak



Ikan siakap 3 rasa


Ayam kapitan


Depan ketam gulung .. belakang ayam pandan



Vegetarian lover.. rasa macam udang tapi tepung khas untuk yang tidak makan daging



Sotong


Meriahkan


selamat mencuba

ok bai

12 comments:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...