27 January 2015

Jelly oreo

assalamualaikum...

oreo.. siapa tak suka..
momee and the group sentiasa suka
 sedap dan mudah dan cepat


resepi

1 pek agar2 straw
1500 ml air
200ml susu pekat
100gm gula pasir
50gm serbuk koko
1 pek oreo
secubit garam

cara:-

1. didihkan air hingga mendidih
2. masukkan agar-agar biarkan larut
3. masukkan gula biar larut dan kecilkan api
4. dalam satu bekas lain masukkan serbuk koko dan ambil kira 300ml air larutan agar-agar dan gula tadi bancuh koko hingga larut
5. masukkan susu dalam larutan koko, garam  dan kacau
6. tapis masukkan kedlm periuk yang ada larutan aga-agar dan gula tadi
7. kacau rata dan mendidih sedikit jangan sampai melimpah
8. perlu jaga jangan dia biarkan takut hangus
9. angkat dan tapis lagi
10. tuangkan agar-agar tadi dalam acuan atau loyang
11. kemudian susunkan oreo yang perlu di keluar krimnya ikut suka

saya suka mengunakan agar straw sebab lagi stabil dari agar-agar serbuk. adik-adik boleh mengunakan serbuk agar-agar tetapi ukuran air perlu tepat.

selamat mencuba 

ok bai


No comments:

Post a Comment