27 January 2015

Ayam masak kicap tomato cherry

assalamualaikum

Ayam Masak kicap tomato cherry

resepi ni sangat simple
anak suka masak kicap. sebab mommy dia suka masak sambal, lemak cili padi dan asam tumis. mana boleh hidup kalau tak de pedas. sbb mommy dia org kunun-kunun diet. terjadilah lauk ni...hiii
cepat dimasak sedap dimakan..

resepi

ayam seekor potong 16 
1 sudu teh lada hitam di tumbuk halus
2 biji kentang
5 cm halia sebesar ibu jari
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras di tumbuk halus
sebatang kulit kayu manis
10 biji tomato cherry
100ml kicap manis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
kunyit untuk goreng ayam
minyak masak
200ml air

cara
1. goreng ayam bersama kunyit dan garam hingga garing .. ketepikan
2. kentang potong dadu dan goreng hingga hempok.. ketepikan
3. tumis bawang besar, bawang putih, lada hitam dan kulit kayu manis hingga naik bau
3. masukkan kicap, air dan gula hingga mendidih
4. masukkan buat keras dan tomato cherry biarkan sebentar
5. masukkan ayam dan kentang biarkan mendidih
6. masukkan garam sedikit dan rasa suoaya lauk tidak terlalu masih dari ayam goreng dan kicap
7. biarkan lauk ini masak hingga pekat sedikit

hakak guna buah keras adalah untuk melemakkan rasa lauk. kayu manis untuk kurangkan hanyir ayam. sebab anak-anak tidak suka bau hanyir ayam. lada hitam untuk mencipta rasa 'hot' kat lidah. kalau tak pedas tak 'kick'.anda boleh juga boleh cuba style lain. ikut seleras..

ok siap boleh makan.

ok bai


No comments:

Post a Comment