23 May 2014

Pulut Kuning

Assalamualaikum,

pulut kuning .. sedap di makan dengan rendang atau gulai kari ... atau aper sahaja lah.. janji sedap dan kenyang perut


Pulut kuning dan kari ayam


kisah di pulut kuning.. saya tak dapat belajar dari arwah mak macam mana nak buat pulut kuning.. sedihkan anak yatim kematu ni.. tak sempat... dr muda dah duduk asrama.. arwah meninggal masa sy masih buat diploma..

belajar dari internet sahaja.. sbb suka makan. di sebabkan mak dah tak ada.. kakak2 selalu buatkan..adik bongsu..

cara nak buat pulut kuning ni senang jer.. pissttt piisttt pulut muluskan kulit.. tu sebab org makan pulut kulit gebuss... mcm hakak lah.. i kan suker perasan



Pulut Kuning

resepi

1 kg pulut susu 
1/2 sudu teh serbuk kunyit
 1/2 kg santan
1 sudu teh garam halus..

Cara
1. rendam pulut dan kunyit semalaman.. sebelum tu basuh pulut dulu
2. selepas semalaman basuh pulut dan kukus hingga pulut masak
3. santan dan garam di tanak hingga mendidih
4. apabila pulut masak gaulkan santan tadi hingga rata
5. kukus semula lebih kurang 10 minit
6. sedia untuk dimakan

ok bai



No comments:

Post a Comment