24 May 2014

Kek Pisang - Step By Step

Assalamualaikum

Kek pisang

Resepi ini boleh dapat 2 biji loyang saiz 8 x 8.. ini adalah bertujuan untuk komercial atau buat dalam quantity yang banyak. saya belajar dengan Auntie Hasma Noor.. thank you auntie everybody can share this recipe..

Kek pisang 

bahan:-

A
200gm butter
200gm marjerin
1 sudu makan ovellete
450gm gula custor(gula pasir biasa pun boleh)
1/4 sudu teh garam

B
7 biji telur A = 450gm(tak pernah timbang pooonn)

C
500gm pisang (timbang selepas buang kulit jika tidak berat kulit je nanti)
2 sudu teh esen pisang
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu makan glycerine - kek kita akan moist guna bahan ini
(kisar semua bahan ni)

D
550gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
4 sudu teh baking powder
3 sudu makan tepung susu
(ayak semua bahan ni)


cara:-

1. Pukul bahan A sampai gebu.. masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan bahan C dlm A + B
3. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit hingga rata
4.Bakar hingga masak...

petua kek ni akan mudah hangus jika dijaga apinya..

step by step



pisang yang telah di kisar.. jangan mengunakan air


Esen pisang. saya guna tesco sahaja bau tetap sama . Ada juga brand star
.#abaikan wajah hodohku


Glyceline 
Wajib guna tujuan untuk melembabkan kek dan beli di kedai bahan bakery supermarket takder
 - .#abaikan wajah hodohku


gula castor


butter + marjerin.. ikut suka.. 
klu nak semua butter pun boleh atau nak semua marjerin pun boleh



garam halus. warning jangan garam kasar


ovellete


telur grade A.. atau 450gm


Esen Vanilla.. hudoh botol.#abaikan wajah hodohku


Tepung gandum + soda + baking powder
tepung gandum jenis apa pun boleh.. jangan guna self raising flour atau high protien sudah



Ini sesudah Dipukul - loyang 8 x 8 bekas  = 1000gm
cantikkan



Dah jadi.. tapi merekah sikit atas sbb telur tak pukul lama

kek boleh di jual dgn harga RM18.00 sebiji..kalau suka boleh campur walnut

ok bai




No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...