03 November 2013

Facaccia

Assalamualaikum.. 

Suasana hujan perut selalu rasa lapar.. resepi facaccia tersimpan dalam buku .. dah lama tak buat.. nak buat karipap  malas sebab bergoreng. Roti sihat .. mengunakan minyak zaiton...oleh itu terjadilah facaccia

Focaccia dalah sejenis roti Italia yang bertabur herbs atau bahan lainnya. Adonan dasar Focaccia umumnya hampir sama dengan adonan pizza. Roti jenis ini dapat digunakan sebagai side dish untuk berbagai macam masakan, dapat pula digunakan sebagai dasar pizza, ataupun digunakan untuk membuat roti lapis (sandwich)
Untuk topping dapat menggunakan berbagai macam bahan misalnya dengan menaburi dengan keju, daging asap, ataupun dibuat sebagai Focaccia dolce alias roti manis - sumber wikipedia

Chicken Meatloaf Facaccia


Ada cheese ada meatloaf.. halal tau keluaran ayamas

minced meat facaccia

inti dalam facaccia ini so juicy
Resepi Facaccia

2 1/2 cawan tepung gandum Faiza
1/2 cawan tepung somalina/suji
2 1/2 sudu kecil yis segera
secubit garam
1 sudu besar gula
2 1/2 cawan air
2 sudu besar minyak zaiton
1 biji telur

cara:-
1. gaul tepung gandum, suji, yis, garam, gula dan air
2. minyak zaiton bertindak sebagai bahan untuk melici. oleh itu letakkan minyak zaiton di dasar loyang dan uli hingga tangan kita tidak melekat
3. biarkan selama 90 min dan tutup dengan tuala basah
4. selepas 90 min uli sedikit bahagi 2 bahagian atau ikut suka...
5. biarkan selama 30 min
6. selepas itu masukkan inti ikut kegemaran masing
7. biarkan selama 30 min
8. sapukan telur atas facaccia tadi supaya nampak berkilat
9. bakar selama 1/2 jam den suhu atad 180c dan bawah 160 c..


bahan inti daging

400gm daging hancur
2 helai daun bay
1 sudu kecil daun basil
1 ulas bawang besar
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu besar minyak zaiton

cara:-
1. tumis bawang besar hingga naik bau dengan minyak zaiton
2. masukkan daging, bay, basil, garam dan gula
3. goreng hingga semua bahan tadi kering
4. inti ini boleh di guna untuk kegunaan lain

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...