Assalamualaikum
Paras ketinggian Gunung Jerai
.
Batu bersurat Gunung Jerai
Hari ini saya ke Gurun (15/9/2012).
Sebuah pekan di kaki Gunung Jerai. Jika kita lihat dari lebuhraya PLUS kita
dapat melihat gunung ini di selaputi
kabus sangat cantik. Dari Pantai Merdeka pun cantik terutama waktu pagi selepas
hujan. Macam duduk di ‘western country’. Syok
dengan sejuk, kabus dan udaranya segar. Selalu juga saya jogging naik
keatas. Tapi sekerat sahaja. Tak larat. Sejuuuuk. Saya jarang dapat melihat fenomena hari hujan yang
turun sedikit demi sedikit dengan jelas terutama di Kuala Lumpur. Dalam bulan Jun 2012 yang lepas dalam
perjalanan ke Tanjung Dawai langit gelap
di puncak Gunung Jerai. Kemudian hujan turun berperingkat dari hujung gunung
iaitu dari Yan hingga ke Gurun. Cantik
sangat. Hujan itu tidak lama lebih kurang 20 minit.. keluar pula pelangi. Saya
dan anak-anak terpegun melihat keadaan ini. Sayang sekali saya tidak bawa
kamera ketika itu. Jika tidak blh saya rakam. Semua ini kuasa allah. Malaysia
juga mempunyai pemandangan yang cantik. Jika dari Puncak Gunung Jerai,
Masyallah lagi cantik terutama waktu musim padi. Udara nyaman. Permandangan
kawasan padi yang luas.. hijau dari kaki gunung hingga ke Alor star dan Pendang. Laut luas, kalau cerah boleh nampak
Sumatra dan Pulau Langkawi. Dari sudut lain pemandangan ke arah Kota kuala
muda, Sungai Petani dan Penang pun
cantik.
Pemandangan Awan dari puncak Gunung Jerai
Jelapang padi dari Yan ke Alor Star
Untuk merehatkan otak atau honeymoon saya cadangkan pergi ke Gunung
Jerai. Ada resort kat atas tu Regency
Gunung Jerai. Bukan nak promote tapi nak share information je.. Next time saya
cerita saya jumpa dolphin di Tanjung Dawai. Macam tidak percayakan….
Gambar ini diambil waktu pagi dari Pantai Merdeka