15 September 2012

Rich Chocolate Moist

Assalamualaikum


Rich Chocolate Moist


Lets talk about resepi….it is Rich Chocolate Moist.

Resepi  chocolate cake banyak boleh kita jumpa dalam web.. tapi yang mudah dan sedap jarang kita jumpa. Banyak saya sudah cuba. Tapi resepi ini paling mudah and the best. Anak-anak  saya yang tidak suka cake chocolate pun suka bila mereka makan cake ini. Tengoklah gambar dibawah dalam masa 10 minit sahaja anak-anak saya pulun betul-betul cake ini.  Bercerita dan memuji. Kalau tak sedap kena kutuk.. it mean my cake delicious la…Mummy dia suka la. Resepi ini kos sangat murah. Kalau nak beli nangis harganya. Mari kita kira

Butter – RM4.00
Gula castor – RM2.50
Telur – RM1.00
Tepung – RM1.60
Serbuk koko – RM3.50
Kopi, emulco, vanilla esen –RM1.00
Soda dan baking powder -50sen
Susu pekat – RM2.20
Minyak masak -50sen
Total lebih kurang RM17.00.
So still save. If you buy at bakery shop it will cost about RM50.00 uulallaaaaa. This is the resepi. Insyallah you won’t regret  if you follow the step.

RICH CHOCOLATE MOIST

Bahan  A
6oz butter
14oz gula castor
3 biji telur
Secubit garam

Bahagian B  – (bahan ini dibancuh bersama dan diketepikan)
 1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh panas
1 sudu teh esen
1 sudu teh EMULCO

Bahan C
8 oz High protein flour( Tepung Superfine pun boleh)
2 ½ oz serbuk coco
1 sudu teh soda bicarbonate
1 ½ sudu teh baking powder
8 ozair sejuk direct dari peti  sejuk

Cara:-
Pukul Butter dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu. Kemudian masukkan bahan B yang telah dibancuh. Tepung dimasuk sedikit demi sedikit. Dipusing satu arah mengunakan whisk. Contohnya  jika kacau mengikut pusingan jam tetapkan arah itu hingga tepung habis dikacau. Akhir sekali masukkan air sejuk tadi.
Bakar kek ini api 170C selama I jam atau sehingga masak. Untuk mendapatkan kek lebih moist kukus kek ini selama 1 ½ jam perlu ditutup dengan aluminum foil atau plastic yang diikat supaya wap air tidak masuk kedalam kek. Kalau tidak banjir kek kita.


Kek sudah masak belum di ganache..


Ganache
500gm cooking choc bar
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar cawan coco poder
1 sudu besar butter
50ml susu cair/full cream milk
Secubit garam

Cara
double boild semua bahan. kacau sampai dia berkilat.. elak dari  jadi berketul. bila bentuk sepeti caramel ok akan siram atas kek.


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...