17 September 2017

KEK SARANG SEMUT



Kek Sarang Semut atau nama lain kek gula hangus ada kek klasik yang kita tahu dari mak-mak kita dulu-dulu. Bahan untuk membuat kek ni murah. Caranya pun mudah. Tapi teknik kena betul sebab takut tidak bersarang.

Kak betul-betul khatam buat kek ni tahun 2013. Belajar dengan Chef Khairi Mansor. Dia ajar step by step. 3 hingga 4 kali mencuba baru dapat tekstur yang bersarang dan lembut. Bila tak bersarang.. walaupun rasanya sedap tak teringin pun nak makan. Betul tak?

2 -3 hari lepas kawan FB Kak Z pm. Dia share resepi kek ni dalam satu group masakan. Adalah hamba Allah mencuba resepi beliau. Tidak menjadi. Kena hentam dalam ruangan komen group tersebut. Kesian pula mendengarnya. Kadang-kadang kita memasak terutamanya kena cuba berkali-kali untuk mendapat hasil yang baik. Jadi jangan lah marah.

Hari ini Kak Z share resepi ni. Korang cuba ikut step by step dan petua..insyallah menjadi.


Bahan:-

8 biji telur
2 cawan gula
2 cawan gula utk buat gula hangus +1 1/2 cawan air
50gm butter
2cawan susu cair tin atau fresh milk
2 1/2cawan self raising flour/tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar..

Cara:-

1.Buat air gula hangus dan masukkan butter
2. Biarkan sejuk
3. Gaul tepung, gula, cream of tartar dan soda bikarbonat
4. Masukkan susu dan kacau hingga rata
5. Blender telur 30 saat.
6. Tuangkan ke dalam adunan tepung kacau lagi
7. Blender sekali lagi
9. Masukkan air gula hangus dan kacau hingga rata
10.Tapis untuk menghaluskan lagi adunan kita
11. Sediakan loyang pembakar dengan menyapu marjerin dan alas dengan kertas minyak
12. Biarkan dan perap selama 3 jam untuk mengurangkan buih dan kek akan lebih bersarang
13. Pastikan bertutup supaya tidak di masuki serangga
14. Bakar dengan suhu 180c hingga masak atau 1 jam 30 minit mengikut kesesuaian oven anda
15. Biarkan sejuk sebelum keluarkan dr bekas

P/s 1. Sila guna cawan sukatan untuk memasak. Jika anda guna cawan lain takut kek keras, lembik dan tidak bersarang
2. Kadar gula boleh dikurangkan jika tidak suka manis. Kak Z akan mengunakan 1 cawan 3/4 gula sahaja atau tukar kepada gula perang. Sebab gula perang kurang manis. Dengan kadar 2 cawan gula perang
3. Susu cair dalam tin adalah lebih lemak. Dengan adunan Kak z berikan ni memang cukup 1 tin susu cair. Boleh juga mengunakan susu segar atau full cream milk.
4. Kena biarkan perap selama 3 jam. Antara penyebab kek tidak bersarang ialah tidak perap. Kak Z pernah buat kesalahan tersebut masa mula-mula belajar kek sarang semut ni

Kak Z harap korang suka dengan resepi ni. Doakan Kak Z sihat bolehlah Kak Z share resepi yang lain

Selamat mencuba

Ok bai


2 comments:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...