13 January 2017

TIPS MEMBUAT KUIH KERIA GULA MELAKA YANG GEBU



Kuih Keria gula Melaka viral. Kak Z hujung minggu atau cuti sekolah tak sanggup lalu area Limbungan, Melaka. Sebab mesti jem orang beratur hendak membeli Kuih Keria Antarabangsa di kawasan tersebut. Memang sedap. Dulu tidak ramai seperti sekarang. Bermula dari TV3 memviralkan kuih keria ni. Ramai sungguh orang luar datang singgah walaupun Melaka di gelar negeri Darul Traffic light. Apa pun korang suka sangat lah datang Melaka ni. Betul tak?

Cuma Kak Z malas beratur. Jadi buat di rumah lagi banyak boleh dapat. Kalau 2 kilo ubi. Melambak dapat makan. Anak-anak pun tak complain. Kat sini Kak Z nak bagi tips buat kuih keria gula Melaka yang gebu. Bukan sahaja gebu. Luar garing tapi dalam lembut sangat.



Bahan Doh:-

500gm ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

Cara:-

1. Ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
2. Buang kulit dan rebus
3. Rebus jangan terlalu lama agak dah empok angkat dan tapis air
4. Lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..
5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
6. Uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
7. kepalkan bulat-bulatdan buat seperti roda atau ring hingga habis
8. Goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
9. Pusingkan perlahan supaya tidak hancus
10. Goreng hingga coklat dan garing
11. Angkat dan tapis minyak

Bahan Gula untuk Sira

1/2 cawan air
300gm gula Melaka
Sehelai daun pandan

cara:-

1. Panaskan air hingga mendidih didalam kuali
2. Gunakan kuali supaya mudah untuk kacau keria nanti
3. Masukkan gula dan daun pandan kemudian kacau sehingga gula larut
4. Kacau lagi supaya gula jadi karemal pekat
5. Masukkan keria dan tutup api
6. Kacau keria tadi sehingga gula jadi keras
7. Jangan kacau atas dapur.. kalau boleh tempat bersimen supaya gula cepat keras
8. Kacau rata hingga semua keria disalut gula

Macam mana hendak buat kuih keria garing di luar dan rasa ubi bila kita makan.

1. Ubi yang di rebus terlalu lama hingga menjadi lembik sebab bila terlalu lembik kita kena tambah tepung. Lagi banyak tepung kita uli denga ubi akan mengurangkan rasa ubi tersebut. Rebus sampai dia empuk dan buang air atau tapis. Biarkan sejuk sebelum masuk tepung.



2. Ketika kita lenyek ubi, kita akan rasa ubi tersebut kering. Memang itu tujuannya supaya kita tidak mengunakan tepung terlalu banyak. Jangan tambah air.

3. Jangan masukkan tepung ketika ubi masih panas. Kalau korang masukkan tepung mas ubi masih panas. Ini akan memasakkan tepung tersebut. Silap hari bula masa kita goreng, kuih keria akan pecah. Kalau yang biasa buat tak pe, ni yang pertama kalikan masalah.. Tambah tepung lagi. Dah hilang rasa ubi. Betul tak?

4. Cara goreng kena betul. Api yag terlalu besar. Sebab api yang besar boleh meningkatkan suhu. Suhu tinggi boleh cepat menghangitkan keria kita. Kalau keria hangit.. luar keras dalam tidak masak. Makan tepung lah korang nanti. Sebab tu kawal api biar perlahan dan masak lambat tapi kuih keria korang cantik. Nanti korang makan kuih keria tu luar garing dalam rasa ubi.x

5. Resepi Kak Z mengunakan tepung ubi. Ada orang Pm xKak Z, pelik gunakan tepung ubi..hiii. Sebab tepung ubi bertindak sebagai kanji yang melekat ubi dan jadi cair sedikit didalam kuih keria. Tepung gandum sebagai agen tambahan supaya semasa mengoreng tidak pecah.

Cara membuat ring kuih keria

1. Bulat-bulatkan doh yang telah kita letak tepung tadi. Ini untuk memudahkan kita untuk menjadikan ring



2. Ambil doh yang telah di bulatkan tadi.



3. Letak atas tapak tangan leperkan sedikit. Untuk membuat lubang.



4. Tekan kedalam satu jari ke dalam doh yang kita leperkan tadi.han Letak atas tapak tangan leperkan sedikit. Untuk membuat lubang sampai habis takut doh pecah



5. Pusing ke satu lagi bahagian dan tekan secara perlahan sekali lagi hingga lubang tadi tebus ke bahagian satu lagi



6. Sekarang korang dah dapat bentuk ring dan boleh lah korang cantik-cantikkan ring korang.




Tips mengorang kuih keria

1. Api yang terlalu kuat sebab nanti keria korang cepat hangit. Malam tidak masak.



2. Kak Z biarkan dia goreng dalam masa 7 minit baru pusing satu lkagi bahagian. Perlahan-lahan supaya tidak mudah pecah.



3. Angkat dan tos kan supaya tidak berminyak semasa menyira



Tips menyira kuih keria dengan gula merah dan berkilat

1. Korang potog gula Melaka kecil-kecil dan masukkan kedalam kuali dengan air



2. Korang kacau dan letak daun pandan



3. Bila gula sudah pekat dan berbuih halus tutup api dan masukkan kuih keria.



4. Kacau sehingga gula menyaluti kuih keria.



5. Angkat dan sejukkan atau jaring-jaring supaya kuih keria tidak melekat dan berkilat



Selamat mencuba

Ok bai

9 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian resepi keria ni. semoga bertambah rezeki kak z πŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian resepi keria ni. semoga bertambah rezeki kak z πŸ‘πŸΌπŸ˜‰

    ReplyDelete
  3. Terima kasih resepnya bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Alahaii keria sy melekat, dh hancur jd nye.. Kurang air kot masa buat air gula tu😬

    ReplyDelete
  5. Boleh x kalau guna gula perang

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsi resepi Kuih ini. Semoga Allah limpahkn rezeki berganda ganda lg hendaknye

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...