18 April 2016

Sedap atau tidak mee udang laila..ikut rasa lidah masing-masing



Banyak tempat kak z dah pergi.. lain negari lain rasa lauknya. Lain negara lain juga pemakanannya. Kalau Kelantan kebanyakan makanannya manis. Di utara banyak karinya. Di Johor dan Melaka, tip top dengan asam pedas. Negeri Sembilan masak lemak pedas meletop.

Lauk itu sedap atau tidak ikut lidah masing-masing yang merasa. Sebab kalau kak z kata sedap.. anak kak z kata tak sedap... apa boleh kak z buat... kak z continue makan. Hiii..

Contoh terbaru mee udang laila. Mee udang laila tidak sama dengan mee udang sg dua, mee udang kuala kurau atau mee udang masjid tanah.. ehh masjid tanah ada mee udang ke? Lain rasanya kan? Betul tak? Masakan ikut tempat dan cara tukang masak.

Kak z suka mee udang laila...termimpi-mimpi. Kalau duk oversea. Hari-hari makan spagetthi.. baru korang tau betapa sedapnya mee udang si laila tu. Kita duduk europe atau negara arab makanan diorang masih boleh masuk tekak. Kita pun boleh jadi gemuk. Kalau korang duduk korea atau china. Balik dah macam orang korea.. kurus kering kak z.

Service kalau lambat, mungkin ramai orang malam tu. Kak z tahu, laila akan cuba beri yang terbaik kepada pelanggan dia. Manusia biasa lah suka komplain. Kita punya tahap kepuasan hanya 90% sahaja. Mana boleh nak puas.. hiii

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...