30 January 2016

Zang Toi West 57th Street Cafe Freeport A Famosa Outlet



Zang Toi bukan sekadar jenama pakaian di butik. Zang Toi juga ada cafe. Konsepnya mudah Zang Toi Boutique Cafe. Cafe yang akak pergi ialah di Freeport A Famosa Outlet, Melaka. Zang Toi cafe yang utama terletak di tingkat 4, Parkson Pavillion dan Restaurant Zang Toi di Lot 10. Masa zaman sekolah di Kuala Lumpur dulu, balim sekolah lalu Bukit Bintang mesti jumpa butik dia. Tapi kami tak mampu nak masuk sebab tau jer lah budak sekolah.




Simpan impian dalam hati..satu hari mesti sampai. Setelah 20tahun tinggalkan sekolah kat Bukit Bintang tu baru lah dapat rasa masuk butik ZangToi. Di jemput untuk datang..waaa..bangga kejap.. Tokey dia ajak makan dia kafe Zang Toi.. apa lagi.. lupa aku tengah diet..









Pintu masuk kedai beralamatkan butik Zang Toi di New York. Masuk sahaja cafe..wow so cozzy. Simple tapi menarik. Sambil Makan boleh pilih baju. Jenama Zang Toi tu...





Di sambut oleh manager Amir Abdullah dan yang lain-lain.





Pertama kali datang ialah pada bulan Disember lepas. Waktu itu sempat juga lah berkenalan dengan pemilik kafe. Kali ini datang dia masih lagi ingat akak.. padahal aku sudah hampir lupa wajahnya.. Pelupa akak semenjak dua menjak ni..hii..ok dah tua..hokey..







Dia pun ajak makan dia kedai dia. Hulur tapak tangan satu dulang mak tadah kan. Macam-macam lah kami dapat makan. Adik-adik yang datang puas hati sangat lah dapat makan.





Hidang utama ialah chicken chop dan nasi lemak rendang. Lepas makan hidangan utama.. kami hendak makan sandwich. Sebab macam sedap dalam gambar poster dia.



Sedap engkao..penuh dengan rasa cheese.. paling terasa ialah parmesan.. mak oii habis diet makcik. Makan tak hingat doniaa..






Dah kenyang makan sandwich makan kek lah pulak..lagi tambah kilo. Tadi timbang tambah 1kilo..huu.. nangis..tapi sedap punya pasal. Makan juga. Paling akak suka ialah Pandan cocounat cheese cake. Wangi rasa pandan dan kelapa parut..perrrhh authentic taste guwa cakap luuoohh..







Makan pula Chocolate Banana Cakes dan Lemon Tea Cakes. Mana boleh tahan tengok orang lain makan. Akak pun makan lah..sedap memang sedap...walaupun akak kurang dengan kek coklat. Hidangam ini semua kita layan dengan minum Zang Toi Tea punch. Orang putih kata so cooling. Sebab menyejukkan.

Kami ni allergy jumpa kamera mesti hendak bergambar.




Layanan pekerja yang melayan kerenah kami. Terima kasih adik-adik..riuh lah kedai



Nanti kami datang lagi tau. Jangan jemu layan kami. Lain kali nak makan lain pula. Tapi Zang Toi Tea Punch no. 1

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...