10 December 2016

SUNAT.. TIPS PENJAGAAN MUDAH ANAK BERSUNAT



Sekarang ni musim sunat.  Kak Z ada 4 anak lelaki semua sudah bersunat sebelum menjejaki darjah satu. Abang Hakim, Hanif dan Haris umur 4 tahun. Adik Hanis 6 tahun. Masa Abang Hakim bersunat, Kak Z tidak ada pengalaman langsung. Ialah kita dah tak ada mak hendak tunjuk ajar. Nurse hospital yang ajar. Masa tu bersunat di Hospital Ampang Puteri. Tips yang dia beri pada Kak Z sangat berguna. So adik-adik dia Kak Z mengunakan cara yang sama. Senang dan tidak menyakitkan anak-anak.

1. CARA MEMBERSIHKAN SELEPAS KENCING

Masa Abang Hakim bersunat kesian tengok dia menangis sebab sakit. Terutama lepas kencing kita hendak basuh supaya bersih. Betul tak? Cuba tips yang nurse tu bagi.  Caranya apabila dia kencing Kak Z akan masukkan dia kedalam besen air suam dan diletak sedikit anti septik. Mula-mula dia nangis. Tapi lepas tu dia lega. Kak Z siapkan air satu besen. setiap kali lepas kencing dia akan masuk kedalam besen tersebut.




2. CARA MEMBERSIHKAN NANAH DAN KERUPING

Kita hendak pegang benda toot tu memang dia tak bagi lah. Sebab sakit woii. Jadi macam mana kita hendak bersihkan nanah dan keruping selepas bersunat. Korang rendamkan dia dalam besen tu selama 10-20min. nanti Nanah dan keruping tu akan tertanggal sendiri. tak  perlu pegang pun. Dalam masa 4 hari sudah elok. Boleh ikut mak jalan-jalan.

3. CARA MENGELAKAN ANAK-ANAK SAKIT BILA TERSENTUH KAIN

Image result for cawan polisterin


Image result for cawan polisterin

Anak-anak lelaki ni mana suka duduk diam. Kalau dah boleh bangun mesti hendak berjalan. Betul tak. Kalau berjalan pasti terkena kain. Dah meraung kesakitan. Jadi satu hal pada kita. Silap hari bulan melekat pada kain. Kalau tidak tutup lalat hinggap. Berulat pulat. Susah hendak jaga budak bersunat ni. Lebih hebat dari orang beranak. Boleh bentan woii. Korang ambil cawan polestrin lepas tu potong bontot dia. Lepas tu ambil selopen tape lekat kan di atas toott dan celeh kelengkang anak bersunat. Jangan kena toot dia. Sekaranng dia tidak ada masalah untuk berjalan atau pakai seluar. Tapi pastikan cawan tersebut tidak mudah terbuka. Kalau budak tua bersunat cukur dulu vulunya. kalau tidak sakit lain pulak..hiii

4. JAHIT ATAU CLAMP

Abang Hakim, Hanif dan Haris guna teknik jahit. Adik mengunakan clamp. Kak Z rasa teknik jahit lagi cepat sembuh dari teknik clamp. Teknik jahit 3-4 hari sudah bersih dan main bola. Teknik clamp 7 hari baru betul-betul sembuh dn tercabut clamp tersebut. Betul tak? Jadi Kak Z advice guna jahit. kalau kata clamp cantik. Tak de maknanya sebab bila besar sama jer bentuk yang terjadi.. opppss lucah sikit.

5. MORAL SUPPORT

Sakit bersunat ni. Budak-budak nampak steady tapi sakit terutama bila hendak kencing pertama kali dan basuh kencing. Bila tahap ini Kak Z akan peluk anak-anak. Waktu ni diaorang perlukan kita. Pujuk elok-elok untuk kencing dan masa hendak cuci atau masuk air. Jangan lah korang nak angin waktu. Kak Z dah lalui  dan faham. Kita penat jaga dia dan dia akan buat extra perangai.

6. SUNAT SATU PERSATU.

Kalau korang bercita-cita hendak sunat semua anak sekali serenta. Baik fikirkan semula. Baik buat satu persatu. Sebab Cabaran memang kuat. Kalau pak diaorang sanggup hendak menjaga boleh sunat serentak. Kalau mak sorang jer nak jaga. Buat gaduh laki bini jer. Kak Z walaupun kembar bleh buat sekali. Tapi Kak Z pilih untuk buat satu persatu. Sebab Kak Z rasa susah hendak jaga 2 sekali serentak. Waktu itu Kak Z kera. Habis cuti tahunan untuk anak bersunat.

Di bawah adalah tips dari FB Dr, Khairul Faizie Mohammad Kamar yang korang boleh guna sebagai rujukan mengenai bersunat. Thank you Doktor. Good tips.

Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 - 10 hari lps sunat, dgn masalah " luka tak sembuh " / " bengkak/ bentan" / " byk kulit + darah kering atau keruping melekat. Ramai parents yg risau terutamanya mak mak.
Ini nasihat saya pada mereka, yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat " kulit keruping byk melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan / bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dpt satu kes si bapa bwk anaknya yg dah 5 hari sunat utk diperiksa. Saya saja tanya " anak sunat guna clamp ke cara biasa?". Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman 😂😂


Selamat bersunat Adik adik

Ok Bai

pic:- Credit to Mr Google. Thank you

43 comments:

  1. Salam tanya..slps berapa hari baru bleh bersihkan keruping dgn rendam kt dalam besen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..sehari selepas bersunat dah boleh start rendam dalam air

      Delete
  2. Tq share pengalaman. Mcm mana nak contact akak?

    ReplyDelete
  3. Salam..ank sy bru brsunat semalam..beramai2 anjuran sekolah nya..sy dpti,penis ank mcm ade satu gelembong merah,di bwah penis,dkt bhgian jhitan tu..adakah itu bentan??

    ReplyDelete
  4. Rendam kan penis dalam air sakit x......

    ReplyDelete
  5. Rendam kan penis dalam air sakit x......

    ReplyDelete
  6. Rendam ngan air suam ke atau air biasa?

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Z, tq atas Tips2 dia tas. Sgt membantu saya lpas ni untuk jaga anak yang nk berkhatan ni. Untuk point No.3 tu, alhamdulillah, baru-baru ni saya ada beli seluar untuk lindung luka khatan anak saya. Namanya Khatan Pants. Saya beli di sebuah klinik di Seri Kembangan, KLINIK AIMAN MAJU. Saya memang daftar khatan anak saya di situ. Mana2 ibubapa yg berminat nak cari seluar camni bolehla beli di Klinik tersebut atau boleh beli melalui facebook Khatan Pants tu sendri. Semoga membantu! Doakan anak saya ye! TQ!

    ReplyDelete
  8. info menarik...tq tq..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum maaf sy msh keliru.. Ank sy bru lps sunat... Sy tkut nk rendam toot dia dlm air sbb luka dia nmpk lum kering... Bkn ke xleh kena air... Sy confused sila bantu tq..

    ReplyDelete
  10. Assalam puan. Nk tny, antiseptik tu beli kat mana n jenis apa ye? Saya call klinik mereka x supply pula

    ReplyDelete
  11. Kalau baru lepas sunat clamps , cara nak kencing mcmmne dan rendam tu untuk cuci ke

    ReplyDelete
  12. Salam. Nak tanya, baby sy baru lepas sunat 3 hari. Dalam corong klamp tu, ada putih2 di sekeliling dekat kepala yg di sekeliling dinding corong tu. Normal ke? Atau nanah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Itu nanah. Bila dah kering Nanti dia akan tercabut dgn clamp sekali

      Delete
    3. Maaf pertanyaan Saya pun smaa ngan puan nurul,tapi anak Saya sudah 10thn,untuk menghilangkan putih dalam corong clamps tu,,perlukah Saya suruh anak Saya berendam,klu Saya bersih Kan ngan air je,,bende tu Tak Kan tanggal,,mohon bantuan kak z terima kasih🙏

      Delete
  13. salam.. nak tanya.. yang part rendam tu..rendam separu badan atau rendam anu dia je?

    ReplyDelete
  14. Antiseptic tu jenis apa2 jer ker?

    ReplyDelete
  15. Assalam...saya nak tnya,anak sy sunat guna teknik clamp,boleh ke saya rendam kan dia dlm air bersama antiseptik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dpt jawapan ke puan? Sy pun nak tmaya benda yg sama

      Delete
    2. Sy rendam anak sy dlm air yg dah campur dgn antiseptik.

      Delete
  16. salam kak z,saya lyn..anak saya baru 2 hri bersunat.masalah sama macam anak akak😅.saya nak cuci meraung sakit..padahal tak sempat nak cuci lagi pun..nak tanya akak..memang tak de masalah ye lepas 2 hri ni bagi toott anak tu berendam dalam besen dalam air? saya ada tepikir jugak nak buat gitu..tapi tepikir jugak takut basah bedene nanti..nak kering kan macam mana pulak😭..nak cuci pon dah meraung..hahaa..bole ye gitu kak?

    ReplyDelete
  17. Tak perlu lap. Dia akan kering sendiri. Bila dah kering akan berkuping. Rendam juga Klu rendam lg senang kuping nak tanggal. Memang lah sakit. Bendenya buang kulit. Masuk air memula meraung. Lepas tu dia lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak z. Maksudnya keruping tu akn tanggal sendiri ms rendam tu?

      Delete
    2. Bila dia rendam. Keruping itu akan kembang dan akan tanggal. Jgn usik .. sakit

      Delete
  18. Anak saya pun jadi keruping.. Dah kering tapi tak tanggal lagi mungkin saya tak bagi kena aiq kot. Tapi esok kena rendam juga sebab dah lebih seminggu sunat. Harap cepat la lega. Aiq tu kena campur apa2 tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak lah sedikit antispetik. Atau nama lain dettol. Sy letak 1 penutup dettol. Biarkan dia main air. Nanti keruping tu tanggal sedikit demi sedikit

      Delete
    2. Biasanya brp hari ya semua keruping tu tanggal? Satu lg sy nk Tanya..lps kita buat rendaman tu..perlu tak kita pastikan luka tu kering.

      Delete
    3. Keruping tanggal dlm masa seminggu. Lepas rendam keringkan dpn kipas. Luka akan hilang bila dah berkeruping dan keruping akan tanggal sendiri

      Delete
  19. Anak sy dah seminggu sunat...masih sakit lg...sy tgk jahitan ok tp kat kepala dia tu ada kuning2 ngan berdarah..bila darah kering jadi hitam..nape ye...risau sy..sy hari2 dresing dia tp x wat rendaman...ada kah normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu nanah.. dia kering jadi kuping. Atau kudis. Klu nak suruh kuping tu tanggal rendam dlm air. Klu rasa sakit juga refer pd doktor

      Delete
  20. Assalam kak..
    Sy pun xberani..lepas 1 hari...boleh rendam dahke?pembalut boleh bukak lah kan?
    Ank sy sunat kaedah laser

    ReplyDelete
  21. Maaf ya nak tanya. Ank sy baru sunat 3 Hari lepas. Lpas sy rendamkan die dlm air. Jd kembang lukanya. Nk lap. Die jerit. Adakah normal yg kembang2 tu.? Sy keringkan guna kipas.

    ReplyDelete
  22. Halo...bagaimana kalau kain yang diikat doktor sangat ketat dan lekat dengan darah kering?

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...