20 December 2016

MEE TARIK GORENG HIDANGAN UNTUK SARAPAN

Sepanjang cuti sekolah ni pilihan sarapan ialah apa yang Kak Z masak di rumah. Sebab kalau makan di luar belanja besar oww.. Belum cukup bulan account dah kering baik masak. Puas hati. Masak pagi boleh makan sampai tengahari. Masak simple jer. Nasi goreng, mee goreng, mee hoon goreng atau kueh teow goreng.
Anak-anak Kak Z kategori pemakan juga. Anak lelaki semua nak membesar.. betul tak semua kuat makan. Kali ini Kak Z masak Mee Tarik goreng. Kak Z beli mee tarik segera. Mana nak mampu tarik tepung pagi-pagi. Kejung mak.

Inilah dia mee tarik tu. Jenama Fat Boi. Kak Z beli masa di MAHA tu hari. Keluaran Life.. alaaa sos KFC tu. Ada 3 jenis mee tarik. Oat, biasa dan labu. Kak Z beli yang Oat dan biasa. Labu kang ada yang berangin dan tak nakan. Baik tak yah
Jom Kak Z share resepi cara buat Mee tarik goreng.
Resepi mudah
1 pek mee tarikh 1 sudu minyak masak
Cara:-
1. Didihkan air dalam periuk dan letakkan minyak masak 2. Masukkan mee tarik dan rebus selama 8 min /ikut arahan belakang plastik bungkusan 3. Cukup 8 minit angkat dan tapis untuk buang air 4. Lalukan air supaya tidak melekat dan ketepikan
Bahan untuk memasak
300gm isi ayam di potong kecil 2 sudu besar cili boh 1 biji bawang besar cincang halus 3 ulas bawang putih cincang halus 5 sudu besar kicap manis Garam secukupnya 2 biji telur 200ml air
Cara:-
1. Tumiskan bawang besar dan putih hingga naik bau 2. Masukkan cili boh dan biarkan garing 3. Masukkan ayam dan kacau ayam hingga masak 4. Masukkan air, kicap dan garam secukupnya. 5. Biarkan mendidih 6. Masukkan mee tarik dan kacau rata. 7. Pecahkan telur atas mee tersebut dan kacau hingga telur masak 8. Boleh di hidangkan
Nota: Kak Z tidak letak sayur kerana anak-anak hanya meminati bunga kubis, dan salad. Jadi bahan tersebut kurang sesuai untuk di masuk kedalam mee tarik goreng. Korang boleh jer masukkan sayur dalam mee korang.

Mee tarik ini juga boleh digunakan untuk mee rebus, sup atau kari. Sedap. Mee tarik jenama ini Kak Z pernah lihat di Tesco dan Aeon. Korang boleh beli di sana.
Selamat mencuba
Ok bai

1 comment:

  1. feberet ni...nanti leh try...tq ya..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...