LEXIS HIBISCUS YANG UNIK
Keterujaan bila sampai sini ialah melihat laut. Ini kali kedua Kak Z kesini. Kali pertama untuk melihat persekitaran dan membuat temujanji bagi membuat liputan cerita yang Kak Z akan tulis untuk Majalah Aroma dan suratkhabar Harian Metro. Kali kedua datang bawa anak-anak dan membuat liputan cerita.
Lexis Hibiscus mempunyai 522 villa atas air dan 177 tower rooms. Apa yang menarik mengenai Lexis Hibiscus? Banyak benda yang menarik. Swimming pool dalam bilik…haaa. Bilik yang Kak Z duduk berada atas laut. Teruja boleh tengok laut dari dalam bilik. Anak-anak lagi lah suka sangat. Mandi swimming pool dalam bilik. Sampai tengah malam diaorang mandi.
Laut Di belakang
Muka happy nampak swimming pool
Betul kawan-kawan Kak Z kata ‘ you should go to this place’ . Kita mengidamkan percutian ke Maldives atau Sempurna betul tak? Sebelum pergi jauh dating kesini dulu. Relaxing. Tanpa gangguan. Bilik yang besar dan selesa cukup kita merehatkan badan. Kak Z berehat, anak-anak mandi swimming sendiri tak perlu lah diaorang hendak turun dari bilik untuk ke swimming pool. Kita boleh mengawal anak-anak dari atas katil atau menonton TV.
Dari reception counter kita perlu menaiki buggy untuk ke bilik. Dari bilik hendak ke bangunan utama dial 1 minta buggy dalam masa 15-20 minit buggy sampai. Dalam buggy nak duduk mana? Tengah atau belakang? Pilihan Kak Z belakang. Seronok ko. Sejuk dengan angin laut menyapu muka. Ada driver bawa laju. Ada driver bawa perlahan. Melayang-layang akak yang gemuk ni duduk kat belakang.
Kak Z lepas balik shooting. Anak-anak tengah mandi. Kak Z suruh berhenti takut kena selsema. Yang sampai adik, yang lagi dua orang tak de. terkejut Kak Z, mana anak aku? Kena sorok dengan hantu laut ker? Cari punya cari dalam bilik sauna. Kak Z Tanya kenapa masuk bilik ni. Katanya nak panaskan badan. Ya Allah anak oiii..ini bukan bilik panaskan, ini sauna tempat orang kuruskan badan. Adeehhh anak aku. Waktu tu barulah Kak Z tahu ada sauna. Ini sudah bagus lepas tu mak pulak masuk bilik sana. Kurang berat badan sikit sebab baru je makan sedap-sedap kat Coffee house tadi.
Kami berlima, ada 2 katil king. Kak Z, Adik dan Hanif 1 katil, Hakim dan Haris 1 katil. Tidur tak ingat dunia. Alhmadullilah tak telajak subuh. Terselamat sebab diaorang menyediakan jam loceng. Adik tu kecoh sikit sebeleum tidur malam tu dia suruh mak dua kunci jam kul 6.30pagi hendak pergi jogging katanya. Jam berbunyi dia duduk membuta atas katil.. macam nak pecah jam loceng tu di buatnya tak bangun juga. Last-last mak yang pergi jogging. Bangun pagi dari tempat ruangan baju dan mandi boleh tengok laut yang mendamaikan. Kak Z pasang berangan hendak buat rumah macam ni lah suatu hari nanti. Insyallah.
Jogging pagi tu sejuk aje. Orang belum bangun agaknya. Kak Z lari perlahan-lahan tengok laut pasang bawah laluan.. kita dapat melihat kuasa Allah boleh lihat ikan berenang dalam ombak besar. Berfikir sejenak..kerdilnya kita kan? Apa pun pagi itu sungguh mendamaikan..jalan-jalan sampailah ke Roselle Coffee House. Apa lagi breakfast lah.. Tak Jauh pun rupanya dari bilik ke main building. Dalam 10 min dah sampai.
Jogging pagi tu sejuk aje. Orang belum bangun agaknya. Kak Z lari perlahan-lahan tengok laut pasang bawah laluan.. kita dapat melihat kuasa Allah boleh lihat ikan berenang dalam ombak besar. Berfikir sejenak..kerdilnya kita kan? Apa pun pagi itu sungguh mendamaikan..jalan-jalan sampailah ke Roselle Coffee House. Apa lagi breakfast lah.. Tak Jauh pun rupanya dari bilik ke main building. Dalam 10 min dah sampai.
Untuk makanan di Lighthouse hanya mereka yang menginap di Stigma Area sahaja. Kerana lebih exclusive.Apa pun Kak Z di beri peluang untuk melihat persekitaran di Lighthouse Club. Memang sangat exclusive. Dari atas kita boleh melihat permandangan yang luas sekitar Lexis Hibiscus.
Permandangan di Lexis Hibiscus dari Lighthouse
Pengangkutan Di Lexis Hibiscus
Sebelum Menempah bilik anda boleh mengunakan map ini sebagai rujukan untuk bilik yang sesuai dan di ingini
JENIS BILIK DI LEXIS HIBICUS
LOKASI
12th Mile, Jalan Pantai,
Pasir Panjang 71250,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
Tel | : +606 - 660 2626 |
Fax | : +606 - 660 2628 |
: reservations@lexishibiscuspd.com | |
Website | : www.lexishibiscuspd.com |
http://lexishibiscuspd.com/Promotions
ROOM TYPE
ROOM TYPE
- Executive Pool Villa
- Premium Pool Villa
- Panorama Pool Villa (Sea View)
- Panorama Pool Villa (Fountain View)
- Sky Pool Villa
- Royal Suite
- Imperial Suite
- Presidential Suite
DINING AND RESTAURANT
- Roselle Coffee House
- UMI (Japanese Restaurant)
- Hibiscus Lounge
- Pool Bar
- Horizon Deck
- Sky Lounge
- Captain Lounge
- Wave Dining
ok bai
No comments:
Post a Comment