09 September 2016

PROMOSI TIKET MURAH THOMAS TOWN, PUTERI HARBOUR DI MELAKA



Sempena sambutan Hari Malaysia, Thomas, enjin biru No. 1 dan rakan-rakannya berada di Dataran Pahlawan Megamall Melaka dari 3-18 September 2016. Sempena memperingati Hari Malaysia, Thomas Town, sebuah taman tema keluarga yang berkonsepkan Thomas & Friends yang terletak di Puteri Harbour, Iskandar Puteri akan memberikan 100 pas percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada bulan September. Wow bestnya..





Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 menampilkan pameran khas replika 70 enjin MINIS Thomas & Friends seperti yang terdapat dalam siri televisyen Thomas & Friends. Enjin MINIS setinggi satu meter menampilkan watak-watak utama dari siri TV tersebut seperti Thomas, Percy, James, dan Gordon. Selain itu, terdapat juga pameran enjin MINIS baharu dengan tema berbeza seperti Dino, Wira, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin' dan Metallic.

 













Selain pameran, pengunjung juga boleh menyertai sesi bertemu peminat bersama karakter-karakter Thomas & Friends iaitu Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik dan persembahan-persembahan yang pastinya menghiburkan. Tidak ketinggalan juga aktiviti-aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti Thomas Train Ride, Story-telling Adventures, Thomas Maze Challenge dan Thomas Town Track Challenge.










Mattel Asia Tenggara dengan kerjasama Thomas Town, Puteri Harbour, menghasilkan enjin MINIS sebagai tarikan utama Mini & Mighty Malaysia Tour, di samping menyediakan aneka pilihan barangan Thomas & Friends untuk peminat-peminat cilik di Malaysia. Kalau korang hendak membeli koleksi Thomas & Friend ini, Toy r Us mengadakan jualan di samping ameran khas replika 70 enjin MINIS Thomas & Friends yang berlansung di Dataran Pahlawan Melaka




Thomas & Friends telah memenangi hati dan menceriakan kanak-kanak di seluruh dunia selama lebih 70 tahun dengan watak-wataknya yang disayangi ramai, kisah pengembaraan hebat dan nilai-nilai murni. Pengunjung akan berasa seolah-olah berada dalam dunia sebenar pengembaraan Thomas & Friends di Thomas Town, Puteri Harbour. Ia lengkap dengan permainan-permainan (rides) menyeronokkan dan aktiviti menarik yang akan mencabar imaginasi kanak-kanak, dan sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Thomas & Friends adalah antara koleksi paling popular dan disayangi ramai. Kanak-kanak dapat bermain sambil mempelajari banyak nilai kehidupan yang berguna menerusi watak-wataknya.








Thomas Town, Puteri Harbour dikatakan menjanjikan pengalaman menakjubkan untuk kanak-kanak yang gemar belajar melalui penerokaan dan karakter Thomas serta rakan-rakan enjin Thomas yang unik. Oleh itu pihak Thomas Town berharap agar Mini & Mighty Malaysia Tour dan menberikan pas lawatan percuma sempena Hari Malaysia ini dapat menyampaikan mesej murni ini kepada lebih ramai kanak-kanak dan menggalakkan mereka supaya mengunjungi taman tema unik ini untuk merasai sendiri pengalaman menarik bersama seisi keluarga.





Di pameran ini membolehkan pengunjung melihat sendiri destinasi unik ini, malah mereka juga berpeluang membeli tiket pada harga promosi untuk melawat Pulau Sodor dan mengenali dengan lebih dekat Thomas dan rakan-rakannya! Tiket untuk ke Thomas Town, Puteri Harbour boleh dibeli pada harga RM 99 untuk dua tiket individu (harga asal RM 170), dengan pilihan untuk menaik taraf kepada Pas All-Park dengan tambahan RM 67.

Ketahui lebih lanjut mengenai Thomas Town, Puteri Harbour dan Mini & Mighty Tour Malaysia 2016 di https://www.facebook.com/ThomasTownPuteriHarbour/.




Thomas Town, Puteri Harbour presents ‘Mini & Mighty’ Malaysia Tour
Dataran Pahlawan Melaka Megamall
September 3-18, 2016

THOMAS TOWN, PUTERI HARBOUR PASSES PROMOTION

2 x Thomas Town Tickets for RM 99.00 (n.p. RM 170.00)

OR

Upgrade to All-Park Tickets with an additional of RM 67.00

SCHEDULED ACTIVITIES
THOMAS & FRIENDS TRAIN RIDE* (3-18 SEPTEMBER 2016)
10.00am – 12.00pm
1.00pm – 6.00pm
7.00pm – 9.00pm
*A minimum spent of RM 99.00 on Thomas Town passes or minimum spent of RM 150.00 on any Thomas & Friends merchandise or any retail outlets in Dataran Pahlawan will entitle you to a ride on the Thomas Train. There is also a maximum number of 10 persons per ride.

3 SEPTEMBER, SATURDAY
5.00pm
Rusty & Dusty Meet and Greet Session On-Stage
6.00pm
Thomas Town Maze Challenge
8.00pm
Thomas Town Track Challenge
9.00pm
Thomas Town Trivia

9 & 16 SEPTEMBER, FRIDAYS
1.00pm
Thomas Town Maze Challenge
4.00pm
Thomas Town Trivia Contest
8.00pm
Thomas Town Track Challenge

10 & 17 SEPTEMBER, SATURDAYS
12.00pm
Rusty and Dusty Meet & Greet
1.00pm
Thomas Town Maze Challenge
3.00pm
Sir Topham Hatt Meet & Greet
5.00pm
Thomas Town Track Challenge
7.00pm
Thomas Town Storytelling Session
9.00pm
Rusty and Dusty Meet & Greet

5, 11, 16 & 18 SEPTEMBER, SUNDAYS AND PUBLIC HOLIDAYS
12.00pm
Rust and Dusty Meet & Greet
1.00pm
Thomas Town Maze Challenge
3.00pm
Sir Topham Hatt Meet & Greet
5.00pm
Thomas Town Track Challenge
7.00pm
Thomas Town Storytelling Session



ON-GOING ‘MINI & MIGHTY’ MALAYSIA TOUR 2016 SCHEDULE
1 – 16 October

Penang - Gurney Paragon Mall
1 December – 8 January

Johor - Puteri Harbour, Iskandar Puteri

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...