03 May 2016

Bingka Roti Mr Google





Bingka Roti Mr Google

Ada masa tekak kita mahu rasa lain-lain. Sebab jemu yang biasa ada dalam pasaran. Kak z menghadapi masalah itu. Hendak beli kuih karipap, seri muka, koci dan talam. Oang Kedah kata cheq dah chemuih lah. Kak Z kan jual sandwich, tiap-tiap hari mesti ada kulit roti yang banyak. Kita nak buat apa? ada 3 pilihan kak z :-
1. Custard and bread puding
2. Talam roti
3. Bingka Roti
4. Puding Roti

1,2 dan 4 tentunya manis. Plan not to eat something sweet. Takut kencing manis. Jadi buat bingka roti. Banyak kali kak z cuba buat bingka ini. Kelaut keputusannya. Kak z modify sikit alhamdullilah jadi. Sedap dan memenuhi kehendak tekak anak-anak dan kak z sendiri. Korang mesti cuba resepi ini. 

resepi:-

bahan untuk bingka roti

1 bungkus roti gardenia jumbo bonanza
1 kg santan
5 biji telur
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam

cara:-
1. pukul telur
2. campurkan gula, garam dan telur kedalam santan
3. carik-carik roti dan rendamkan roti dalam bahan santan tadi
4.loyang pembakar 10 x 10 perlu dialas dengan aluminium foil supaya bahan tadi melekat dan mudah untuk di basuh
5. masuk semua bahan tadi kedalam loyang yg  telah di alas dengan aluminium foil dan bakar dengan suhu 200c selama 30 min

bahan lauk

1. 500gm daging hancur
2. 3 sudu besar rempah cari daging
3. seulas bawang besar
4. daun kari
5. 1 sudu teh gula
6. 1/2 sudu teh garam..kalau kurang boleh tambah
7. sedikit serbuk perasa
8. minyak masak

cara
1. tumis bawang yang perlu dimayang hingga naik bau dengan minyak masak
2. masukkan daun kari dan serbuk kari kacau hingga sedikit garing
3. masukkan daging, gula garam dan serbuk perasa
4. masak hingga daging masak dan sedikit garing
5. angkat dan tapis

hiasan daun

daun sup
cili merah

bila bingka telah masak taburkan daging tadi dan bahan hiasan. selamat mencuba

ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...