Filem Captain America:Civil War
4 out of 5.. itu rate kak z. Memang best. Hero pun handsome... 100 kali lebih baik dari Superman vs Batman. Anak-anak kak z minta untuk menonton semula. Sebab cerita ini banyak action dan babak yang kelakar. Tidak bosan. Kalau cerita bosan kak z akan tidur atau main games di handphone. Kali ini baru sahaja hendak susun jadual untuk plan sepanjang bulan cerita sudah mula dengan menarik. Terus simpan tab dalam beg.
Hari Ahad kak z dah datang .. tapi tiket pagi habis hanya pukul 7.00petang. Tempah untuk pagi ini pukul 11.30pagi. Ini bermakna cerita ini mendapat sambutan. Memang penuh panggung. Banyak watak baru yang muncul. Ada watak asal ditidurkan dulu. Contoh Thor, Hulk dan Miss Pot. Watak Hawk Eyes pun di bahAgian akhir muncul.
Kita banyak baca artikel Perbalahan antara Captain America dan Iron Man. Memang mereka berbalah berpunca Captain America tidak mahu menandatangani perjanjian untuk tidak melakukan kemusnahan setiap kali musuh datang menyerang. Muncul kawan lama Captain America yang telah di perangkap dengan kesalahan tidak di lakukan, Winter Man. Si pemerangkap ialah lelaki yang keluarganya terbunuh di Skovania berpuncah dari pergaduhan Team Avenger dengan mahkluk asing. Kiranya mamat tu sentap lah. Captain America tahu kawan dia tidak bersalah dan mahu menyelamatkan Winter Man. Tapi Tony Stark sengal tak mahu tolong sebab tidak mahu terbabit dengan kemusnahan dunia lagi. Itu lah punca mereka bergaduh.. Avenger berpecah dua. Satu #teamironman dan satu lagi #teamcap..adehhh..
Akhir sekali #teamcap kena tangkap. Tapi Captain America selamatkan diaorang. Winter Man di tidurkan sebab dia tidak mahu terlibat dengan kemusnahan dunia. Pengajaran dalam cerita ini, peperangan akan menyebabkan semua terseksa akibat kematian. Bila ada kematian pasti ada perasaan dendam. Betul tak?
No comments:
Post a Comment