10 April 2016

Muzium Penjara Melaka



Bangunan asal Muzium Penjara Melaka adalah bekas penjara negeri Melaka. Terletak di Bandar Hilir, Melaka. Kak z kalau jumpa kawan-kawan blogger Melaka pasti macam-macam lah yang terjadi. Antara kejadian ialah melawat Ke muzium ini. Selalunya kak z lalu sahaja tepi bangunan ni. Dulu kecil-kecil arwah mak selalu ugut...'ko buek hal ..mah masukkan dalam penjaro'. Takuttt..




Di dalam pagar besi Muzium Bandar Hilir


Melihat bangunan dari luar dah takut belum masuk lagi. Penjara Melaka adalah penjara tertua di Malaysia. Selain dari georgetown penang dan penjara Taiping.


Suasana dalam bilik sel penjara


Banyak benda yang menarik yang boleh kita pelajari melalui lawatan ke Muzium Penjara ini. Meh kak z share gambar yang ada dalam penjara.



1. Berus gigi, gayung, sabun mandi dan sabun basuh baju




2. Bekas makanan




3. Gari tangan




4. Mangga untuk mengunci pintu sel penjara




5. Rotan yang digunakan untuk merotan banduan yang di jatuhi hukuman rotan mengikut kesalahan masing-masing




6. Tali gantung.. tapi ini bukan yang asli hanya replika sahaja


Cuba bayangkan kalau kita di hukum penjara ini yang akan kita lihat. Tembok batu yang tinggi tanpa saudara mara. Sedih rasanya. Bila kak z masuk sahaja ke dalam bangunan ini, rasa sayu dan pilu.



Wajah di sebalik jerigi besi


Apa pun lawatan kak z ini sangat menarik. Menimbulkan rasa keinsafan di sini. Tuan Asmadi dari Pihak penjara telah menunjukkan
kami dari satu sel ke satu sel. Banduan akan di bahagikan kepada beberapa kategori kesalahan. Pengenalan melalui baju yang mereka pakai. Kak z tidak ambil gambar sebab sayu rasa bila berada dalam tu.



Penerangan dari Tuan Asmadi


Antara yang menarik ialah melawat bilik banduan akhir, bilik merotan banduan dan juga bila gantung banduan. Terus terangkan kak z cakap..memang takut tapi teruja. Korang kalau datang ke Melaka boleh melawat kesini.


Bilik mayat di Penjara Pudu tetapi telah di robohkan


Kak Z akak pergi lagi. Sebab belum puas untuk belajar . Kali kedua kak z akan belajar satu persatu dan share dengan korang yer..

Ok bai

Tag: muzium penjara melaka, penjara malaysia, team blogger melaka, bandar hilir, melaka bandaraya bersejarah, malaysia,

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...