Zaman kecil-kecil kakak kak z suka bawa kak z pergi mandi pantai Samada ke Tanjung Bidara atau pengkalan balak. Kami kalau pergi ke tepi pantai mesti berkelah dari oagi sampai ke petang. Zaman kak z kecil-kecil mana ada water park macam sekarang. Setahu kak z, water park sunway lagoon tu yang pertama di Malaysia. Wujud zaman kak z kat kolej.. dah tua..
Selepas sunway lagoon barulah wujud water park yang lain. Ini kali kedua kak z dan anak-anak ke Water Park Legoland. Lawatan pertama tidak puas sebab hujan masa itu. Kak Z tidak mandi. Tapi kali ini kak z balas dendam mandi sungguh. Dah macam kanak-kanak tadika. Anak-anak kak z paksa main gelosor air. Kecil hati mak.. apa lagi sakit jantung sekejap. Macam mana rasanya diaorang ini naik berulang kali.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=290098214654945&id=100009643063189
Taubat naik sekali sahaja. Layan adik main di kawasan kanak-kanak. Ramai juga orang dewasa ini. Teruja waa.. cakap sama luu. Walaupun tidak sebesar sunway lagoon atau water Park Tambun, waterpark legoland awesome..
Anak-anak kak z suka sangat. Memang tidak rugi datang di sini. Ciri-ciri keselamatan sini pun sangat ketat. Ada lifeguard yang akan membantu kita. Kak z tidak risau keselamatan anak-anak walaupun hilang di depan mata sekejap.
Anak-anak kak z suka spoil kan mak dia. Dia orang paksa mak diaorang masuk air. Duduk atas pelampung dia tarik mak dia keliling water trail tu. Bila sampai air pancut dia orang saja dera mak dia. Menjerit-jerit mak dia.. bukan sakit tapi kelakar. Abang kata tak pe momee.. kita orang layan momee like a queen today. Terharu sangat dila dia cakap macam itu. Memang macam queen. Semua orang tengok. iisshh.. malu mak.
Dari pukul 1.00pm sampai pukul 5.00pm kami di waterpark. Anak-anak dah rentung warna muka dia orang. Kak z selamat sikit sebab pakai sunblock cosmoderm. Sekejap-sekejap kak z apply. Kena jaga muka supaya tidak hitam. Tapi kak z nak bagitau ni tak rugi korang mandi manda di sini sebab seronok sangat. Nanti kami datang lagi.
Ok bai

No comments:
Post a Comment