08 April 2016

'Master Force Lego Star Wars Days' Pada Mei 2016


Me and Lord Darth Vader

Hari ini  8hb April 2016, sidang media "Lego Star Wars Days"  di Damansara. Kak Z hadir atas jemputan Legoland Malaysia bagi mempromosikan   "Lego Star Wars Days" yang akan berlansung pada bulan Mei 2016. Legoland Malaysia adalah legoland yang pertama dia Asia. Legoland Malaysia menjangkakan, tahun ini mereka akan menerima ramai pengunjung lebih ramai dari tahun lepas. 

Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland, Thila Munusamy dan Country Manager Lego, Dick Yoong


Dalam sidang media, Pengarah Jualan dan Pemasaran, Thila Munusamy memberitahu , taman tema legoland telah merancang pelbagai aktiviti menarik dengan kerjasama Kumpulan LEGO. Ini adalah untuk mengalakkan pelawat tempatan dan antarabangsa untuk datang lagi  Mei ini ke Legoland Malaysia sempena  'Master Force Lego Star Wars Days'.

Pada 30 hb April - 3 Mei 2016, Legoland akan menjemput Daniel Steininger dan Christopher Steininger, Lego Master Builder team untuk membina  Millennium Falcon mengunakan lebih 200,000 bricks. Para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam acara ini. Pada 3hb Mei, bricks terakhir akan di letakkan pada  Millenium Falcon. Dan  Millenium Falcon ini akan di pamerkan sehingga akhir bulan May 2016.


Darth Vader depan Miniland



Pada 7-8 Mei 2016, Legoland menyediakan pelbagai acara  bagi meraikan  apasahaja berkaitan dengan Star Wars di Legoland Malaysia, yang terletak di Iskandar Puteri, Johor. Peminat Stars Wars akan meyaksikan secara langsung Imperial March mengetuai askar Stormtroopers and Darth Vader juga perlbagai watak dari filem Stars Wars.Untuk memeriahkan lagi acara ini, Kanak-kanak yang memakai custome Star Wars and mendapat tiket masuk secara percuma.


Kak z @ Stormtroopers

Legoland juga akan mengadakan pertandingan 'Build Your Own Dream Lego Stars Wars  dari 21 April hingga 8 Mei 2016. Pertandingan ini yang akan dijalankan melalui media sosial di mana peserta perlu untuk memuat naik gambar mereka bersamaLego Star Wars Starship di  Facebook Legoland Malaysia Resorts hastag #LEGOstarwarsday. 10 pemenang akan di pilih dan hadiah utama akan di sampaikan pada 14hb Mei 2016.


Miniland Stars Wars


Kepada peminat juga boleh menyertai pertandingan 'My Own Creation (MOC)' Membina Sendiri Dream LEGO Star Wars Starship. Kita boleh menyaksikan lebih dari 99 model yang terpilih dari Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Taiwan sehingga 31hb Mei. Terdapat 3 kategori:-

1. 7-15 tahun
2. 15 tahun keatas
3. keluarga

Pemenang dari kategori akan di ketahui pada 8hb Mei 2016. Sepanjang bulan Mei 2016, setiap minggu  legoland akan menyediakan pelbagai acara bagi memeriahkan 'Master Force Lego Star Wars Days'. Pengunjung yang datang juga kan di beri sekeping bricks untuk di bawa balik sebagai cenderahati.  Acara lain ialah treasure hunts di dalam kawasan legoland dan peserta akan di beri hadiah

Anda semua boleh membaca penulisan kak z didalam blog mengenai keseronokan kami di Legoland, Malaysia.  Orang besar juga boleh jadi kanak-kanak. Sebagai peminat fanatik Stars Wars, kak z akan ke acara ini dengan anak-anak bagi merasai Stars Wars sebenarnya. waaa zzeess..


Legoland ..kami datang lagi...ok bai


tag: legoland malaysia, stars wars, millenium falcon, Stormtroopers, Darth Vader, Thila Munusamy Dick Yoong, Daniel Steininger,Christopher Steininger, Lego Master Builder, lego malaysia



No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...