13 April 2016

Ingatkan Alien..rupanya mengandung kembar..



Anak kembar kak z dah berusia 14 tahun. 24/12/2016 baru 14 tahun.. baby krismas eve. Mengimbau 14 tahun lepas. Bulan april tahun 2002, kak z tahu memgandung. Masa itu tidak tahu pun mengandung kembar. Tapi mabuknya @ pagi petang siang malam sickness hanya allah sahaja yang tahu. Tidak boleh pergi kerja sebulan. Sebab hendak angkat kepala pun tidak boleh.



Lepas 3 bulan, baru kak z gagah pergi kerja. Tapi balik sahaja kak z terbongkang atas katil. Alhamdullilah lah si mat hakim baik tak banyak kerenah masa tu. Masa kak z mengandung si kembar mat hakim baru 1 tahun 8 bulan. Kak z hanya buat pemeriksaan biasa. Tidak scan pun. Nanti lah buat. Sebab banyak yang cerita yang tak menarik kalau pergi check awal.. kak z.. kak z..

4 bulan setengah baru kak z pergi scan. Sebab perut besar semacam, macam mengandung 6 bulan. Masa scan, doktor scan sikit punyalah lama. Dia pusing kiri pusing kanan macam tidak puas hati. Kak z pun tanya kenapa doktor? Baby saya ada masalah ker. Doktor kata.. ada kaki 4, tangan 4 tapi jantung 1.. makkk aku mengandung anak alien ker? Terus kak z terduduk. Laki tak de pulak waktu tu..macam nak nangis pun ada. Doktor kata relax.. baring balik kita cari jantung lagi satu.. cari-cari jumpa. Ada 2 kepala. Dua badan.. nak nangis pun ada tau. Aku ngandung kembar...patut perut boncit semacam. Manalah tau anak terlebih besar..badan maknya kurus sebab muntah jer.

Doktor pun periksa lagi. Masa itu cerita pasal kembar siam ahmad dan  muhammad. Otak kak z memang terfikir anak aku melekat ker tidak. Doktor kata tidak. Sebab 2 katung. 1 uri. Akan jadi kembar seiras. Memang betul pun budak dua orang tu muka sama. Kadang-kadang mak pun confuse. Panggil hanif...nanti si haris jawap.. ada masanya dia menyamar.. kita tau dia haris.. tapi ni jawap macam ni 'saya hanif lah'. Pup..kena sebiji. Hambik ko nak kena dengan mak ler tuu..

Dalam masa itu kak z berdoa lah pada allah.. ya allah ya tuhan ku jangan lah si kembar ni kuat melalak. Sebab mat hakim masa kecil-kecil kuat menangis. Lepas itu minta senang hendak jaga. Sebab tidak sapa hendak tolong jaga. Alhamdullilah allah makbulkan doa kak z. Memang senang hendak jaga masa kecil..

Perut kak z besar. Letak pinggang pun boleh. Ngeri korang kalau tengok. Itu 14 tahun yang lepas yer..sekarang dah off mengandung sebab mak dah tua..hiii.

Cukup tarikh 32 minggu. 24 hb disember pagi, kak z hendak ke hospital untuk check up. Pagi itu macam air kencing turun. Habis lantai rumah. Ex husband kak z kata.. kalau nak kencing pergi lah toilet. Baru hendak gerak turun air lagi.. ehh ini bukan air kencing.. lain macam jer. Sebab masa mat hakim ..kak z tak lalui semua ini. Doktor terus operate sebab darah tinggi. Yang kembar kak z tak kena darah tinggi sebab jaga makan dan minum. Ok sambung.. sah ini bukan kencing.. ini air ketuban. Talipon kakak -kakak tanya pendapat. Kakak kak z semua tengah berehat kat fraser hill masa tu..konon nak sambut krismas kat sana...haaa.. hambik ko adik bongsu ko nak beranak. Panik jap.

Terus pergi hospital. Si mat hakim duduk dengan baby sitter.. sebelum pergi cium dia peluk kuat-kuat. Mana lah tau arwah kang.. dapat mak tiri anak aku..(sekarang mak hidup pun dah ada mak tiri). Hospital mana korang nak tahu..hospital putraya.. gigih gi sana dari kampung pandan. Sengal betul kami berdua. Sebab kami ada rumah kat bangi so boleh lah veranak kat putrajaya. Sampai hospital masuk labour room. Doktor kata kita cuba beranak normal. Dalam rekod tulis tidak boleh beranak biasa. Dari pukul 8 pagi -4 petang..menahan sakit. Cakap kat mr x.. saya tak mo beranak lagi lepas ni.. sakit giler.. hurmm 6 tahun lepas tu aku teberanak lagi.

Pukul 4 petang baru doktor ambil keputusan bedah.. baby 32 minggu.. mak pun dah lemah..kak z cakap kat doktor 'i told you this morning, gayne i kata i tak leh beranak biasa..' haaa.. zura zura.. tak pe janji kasi keluar budak alien dalam perut ni.

Tepat kul 6.05 petang twin1 @ hanif keluar. Berat 2.99kg..hambik.. 6.07petang twin 2 @ haris. Berat 3kg..lagi hambik ko.. patutlah perut mak macam hendak meletop. Besar betul alien 2 orang ni.

Alhamdullilah selamat. Sihat walaupun tidak cukup bulan. Nanti kak z share macam mana kak z besar kan dia orang

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...