13 April 2016

Kak Z Demam Kena Sampuk Hantu



Jumpa hantu bukan perkara pelik pada kak z. Tapi kali ini teruk sampai demam. Sabtu lepas kak z balik dari shooting dalam pukul 1 pagi. Jalan yang kak z lalu tu memang ngeri. Hutan simpan Sungai Udang. Ramai orang accident kat situ. Lepas itu ada kubur pula.. lagi menyeramkan.

Beberap bulan lepas ada mahluk ni dah nak tumpang.. bukan dah nak.. tapi dia tumpang. Dia duk tang mana tak tau lah.. sebab rupa tak da.. bau ada. Kak z kata ko tumpang sampai kat kem tu aje. Aku nak balik..boleh kak z cakap macam itu. Korang mesti kata ngarut. Tapi itu real story yer.. lepas lalu kem hilang bau yang wangi tadi. Agaknya nak tumpang dari tadi tak jumpa kereta orang baik. Jumpa kak z yang baik dia naik lah.. sengal z ko cakap macam ni. Hiii..

Ok sambung..

Kak z sorang sahaja malam itu. Mat Hakim ada kem beruniform. Yang lain tidak mahu ikut. So i'm lone ranger that night. Habis hutan simpan kak z lalu kem peluru.. lepas kem peluru wajib lalu kubur. Lepas kubur macam ada orang lambai kak z.. ehh bukan lambai.. dia bersalai dari satu pokok ke satu pokok tepi jalan tu..

Errr... apa kah itu? Manusia? Atau.. atau mek ponti.. nak baca apa..? bismillah..? Korang tau tak sebab takut sangat.. bismillah sahaja yang lepas.. ayat kursi kak z tonggang terbalik.. punya ketaq kaki... tekan minyak macam tak laju -laju kereta ni.. adalah dalam 5 minit baru ada kereta lalu.. benda ala tu hilang. 5 Minit ka? Tak hinggat..

Mak apa tu? Takuuuttt..

Dah lepas baru boleh baca ayat kursi dengan teratur..sampai rumah kak z baca. Turun kereta kunci baca 3 kul , al fatiha, ayat kursi masuk rumah. Masuk bilik air mandi.. solat isyak. Terus tidur. Bangun subuh demam...haaaa...

3 hari demam. Hari ini baru boleh hendak cerita. Rupa memang tidak tahu macam mana.. tapi objek putih compom. Dia macam terbang melayang kat pokok tepi jalan. Kak z terpandang kiri jalan.. apa lagi nampak lah..tobat nasuha kak z, kalau balik lambat tak mahu ikut jalan tu lagi. Tapi hendak lalu jalan mana lagi? Jalan kat kampung ini semua ngeri. Kalau ikut Alor gajah..mesti tempuh konar mido..orang cerita selalu juga nampak orang melintas jalan dekat situ.. habis mana mau lalu. Tak payah keluar malam lah kak z.. ok cadangan yang bagus..

Kesimpulannya.. azura rahman.. selepas ini jangan balik lewat malam dan bawa teman kalau balik lewat.

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...