21 April 2016

Hidangan yang cantik..sedap atau tidak?

Hari ini kak z pergi jauh sedikit. Business trip katanya...Bangkok...tetiba sampai sini. Naik kapal terbang hampir 2 jam jugalah. Private and confidential..tugasan yang mencabar.. Ramai yang menanti dengan debar. Insyallah kak z bawa balik berita baik. I love my jobs..

Sebenarnya bukan cerita itu kak z hendak sampaikan, tapi pasal makanan yang menarik. Sampai dah lewat petang. Perut lapar, naik kapal terbang turun mesti lapar. Sebab duk atas takut.. . Kalau gi Siam, kena makan meing kham..campuran daun kaduk, udang kering, kacang, bawang, cili padi dan seangkatan dengannya. Sedap ko..



Mieng kham

Makan malam telah menyebabkan kak z lari 10km. Pensan.. semua sedap-sedap. Anak sedara kak z ada di sini jadi dia tahu restaurant yang sedap dan halal. Kak z tidak risau lah... tapi geng kak z ada 2 orang lagi. Dema belasah jer.. kak z cuak..ialah kita kan orang Islam, halal dan haram kena ambil tahu. Betul tak?



Semua makanan yang kak z makan ..cantik-cantik belaka. Macam orang yang melayan kita. Kulit halus dan mulus. Kak z dah tua ..hanya flawless dan anjal sahaja. Sambung.

Kecantikan hidangan menyebabkan selera kita terbuka yang tadi tertutup sebab penat. Hambik ko makan sampai terbelelek... sedap sangat.

Korang tau tak ramai orang Bangkok beragama Islam? Nama sahaja siam tapi Muslim. Dan mereka memiliki restaurant yang halal. Jadi tidak ada masalah makanan di Bangkok. Itu yang menyebabkan Kak z teruja untuk mencuba.



















Cantikkan hidangan diaorang. Kedai yang menjual hidangan begini bukan besar pun. Kecil sahaja. Tapi mereka akan menghiaskan hidangan ini supaya kita berselera untuk makan. Sedap? Serius sedap. Kalau hendak belajar mengenai 'food style' yang dekat dan murah datang ke Bangkok atau Jakarta. Bukan Malaysia tidak ada.. ada.. tapi kurang.

Apa yang menyebabkan makanan yang cantik ini sedap. Semua bahan cukup dan ciptaan yang klise contoh Pisang, ais krim dan coklat. Fuuhhh. Demok mak... hidangan ini bukan di restaurant 5 star yer.
Kedai kecil di celah-celah bangunan pencakar langit Bangkok.

Banyak cerita yang kak z dengar dari kawan-kawan yang pergi makan ke kedai 5 star di Kuala Lumpur. Ada yang sedap. Ada yang indah khabar dari rupa. Sedap ke laut. Untuk datang kali kedua mungkin tidak. Kecewa sebab tidak sedap maka keluarlah cerita yang negatif mengenai restaurant tersebut. Maka lama-lama kedai pun tutup sebab tidak ramai pelanggan. Jadi kita kena bagi hidangan kita cantik dan sedap.

Insyalllah kak z akan ke Bangkok pada May ini. Kali ini adakah bercuti-cuti. Tunggu kak z akan cerita lebih detail lagi. Trip ni sempoi. Sebab seharian meeting.. nak selesaikan masalah. Lepas tu kak z nak balik cepat. News dari kampung sentiasa main di whatapp kak z..

Ok bai

No comments:

Post a Comment