01 January 2016

MODERN HIJAB STYLE DI MALAYSIA

Modern Hijab Style di Malaysia




Sejak kebelakangan ini fesyen tudung di Malaysia semakin mendapat perhatian ramai dan begitu juga dengan kemunculan banyak jenama-jenama tudung tempatan. Ini adalah kerana industri fesyen Muslimah yang semakin diterima baik oleh ramai pihak serta peningkatan jumlah wanita bertudung di negara kita. Lihat sahaja industri seni tanah air kita, semakin ramai selebriti wanita yang kini mengenakan hijab dan pada yang sama juga mempromosikan jenama-jenama tudung keluaran mereka sendiri. Jika dilihat dengan perkembangan fesyen tudung suatu ketika dahulu, boleh dikatakan tidak semeriah sekarang dan kita juga boleh menyaksikan adanya stail-stail tudung yang unik dan modern kini muncul. So, jom kita lihat beberapa modern hijab style yang kini popular di kalangan hijabista di Malaysia;




Ramai berpendapat bahawa fesyen satin shawl merupakan diantara koleksi hijab yang paling digemari ramai. Ia juga sering menjadi pilihan utama para wanita untuk kelihatan elegan apabila ingin menghadiri majlis istimewa seperti undangan perkahwinan misalnya.


Stail tudung yang paling disebut-sebut sepanjang tahun 2015 ini pula adalah koleksi instant shawl. Koleksi tudung ini mendapat perhatian ramai kerana cara pemakaian yang amat mudah dan praktikal.




Dan hijab style yang seterusnya adalah koleksi tudung hood seperti berikut. Kini banyak jenama-jenama tudung online yang menawarkan koleksi tudung hood seumpama. Ia juga merupakan fesyen tudung yang praktikal dan mudah dipakai!

No comments:

Post a Comment