19 September 2015

CARA MENYIMPAN IKAN, DAGING DAN AYAM TAHAN LAMA

Seorang yang berkerjaya pasti menjadi masalah hendak ke pasar setiap hari untuk membeli barangan segar seperti ikan, ayam dan daging. Kita tidak mahu menyimpan baham-bahan ini kerana tidak mahu hilang kesegaran atau kemanisan bahan tersebut.

Akak juga dulu seorang yang bekerja, isteri dan ibu. Bila balik kerja pasti sibuk untuk memasak. Dengan anak, suami dam rumah. Akhir tidur keletihan. Balik dari kerja perlu ambil anak dari rimah pengasuh dan pasaraya kemudian masak. Tetapi lama kelamaan akak dapat memikirkan cara hanya seminggu sekali sahaja ke pasar membeli barangan mentah ini.




Pasar yang selalu akak pergi ialah Pasar Pudu, Pasar Chow Kit, Pasar Maluri, Pasar Tani Kampung Pandan dan Pasaraya berdekatan. Balik dari membeli bahan-bahan ini akak akan membersihkan semua. Bersih dari darah dan isi dalam yang kotor. Kenapa?

Kita sebagai orang Islam seharusnya makan makanan yang bersih. Apabila mencuci semua ikan, daging dan ayam perlu selawat. Jika kita bersihkan ini akan memudahkan kita apabila hendak memasak.

Cara menyimpan.
1. Siapkan plastik atau bekas untuk menyimpan
2. Siapkan jumlah bekas mengikut hari kita memasak
3. Cuci semua ikan, daging dan ayam dari kotoran darah dan najis
4. Tapis air dari bilasan cucian
5. Kemudian bahagi bahan tersebut mengikut hari yang kita hendak masak dan masuk kedalam bekas.
6. Masuk kedalam peti sejuk
7. Jika anda memiliki peti sejuk yang kecil gunakan plastik dan ikat supaya air tidak meleleh.

Tujuan di masukkan kedalam bekas, balik dari kerja kita terus keluarkan bahan tadi. Bersihkan sedikit dari kesan ais. Siapkan bahan untuk masak dan boleh terus memasak tanpa perlu mengambil masa untuk kerja menyiang atau membersihkan bahan tersebut. Boleh buat kerja lain kan?

Akak nanti ikan rosak kalau simpan lama...

Sebenarnya tidak. Yang rosak ialah beli ikan tanpa bersih terus masuk peti sejuk. Bila hendak keluarkan rendam dalam air. Jika kita tidak sempat ikan yang masih beku kita akan bersihkan. Sudah tentu rosak.
Kalau buat begini ikan, ayam dan daging akan rosak dan hilang manis. Jika guna nasihat akak insyallah ikan tidak rosak dan kekal manis.

Peti sejuk saya kecil kan...

Tidak mempunyai masalah. Jika tidak guna bekas, boleh guna plastik. Contoh plastik isi kuih. Isi dalam plastik dan ikat. Sumbatlah selagi muat.

Mudah bukan?

Anda akan jimat masa, quality time tersebut boleh digunakan untuk bermain dengan anak-anak dan menonton cerita Korea.

Selamat mencuba

Ok bai

1 comment:

  1. Yup,Cara ni mmg mudah...dri anak 3 sy buat mcm ni,skrg dh anak 5...cuma sy letak dlm plastik jer, my mom pn dh ikut Cara simpan ni .. Xceli bila kita beli mcm ni save cos tuk bhn mentah.

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...