15 April 2015

Macaroni bakar citarasa melayu

assalamualaikum

macaroni boleh di buat macam-macam. sejenis pasta. selalu di barat dia orang akan buat macaroni cheese, makan dengan sos bolognese dan stew. tapi bila dan sampai malaysia lain lah jadinya. macaroni bakar

jom buat



macaroni bakar

resepi

bahan:-

1 pek macaroni (400gm)
5 biji telur
1 kg santan
1000ml air
400gm daging hancur
1 pek serbuk kari adabi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
daun kari
1/4 sudu teh gula
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

cara:-

  1. rebus macaroni hingga kembang
  2. hiris bawang putih dan bawang merah
  3. tumis bawang hingga naik bau
  4. masukkan serbuk kari dan daun kari kacau hingga pecah minyak
  5. masukkan daging, garam dan gula
  6. biarkan daging masak dan tutup api
  7. pukul telur supaya larut
  8. campurkan telur, air dan santan
  9. letak sedikit garam dalam campuran tersebut
  10. campurkan inti daging dan kacau hingga rata
  11. masukkan macaroni dan masukkan kedalam oyang pembakar yang telah di balut dengan aluminium foil
  12. bakar dengan suhu 200c selama 30min


















ok bai






1 comment:

  1. wahh mcam sedap je kena cube nihhhhhh tenkiu bg resepi.. berminat nk design blog boleh singgah blog sheda ye!!

    ReplyDelete