CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Hari ini akak menunjukkan cara membuat brownies langkah demi langkah mengunakan resepi kak Azlita Aziz mudah dan cepat. Ini adalah versi copy dan paste
Bahan A
250 gm butter - potong kecil
400 gm coklat masakan - potong kecil
Cara:-
- Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
- Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
- Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat,
- Kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
- Biarkan ia sejuk sebentar
Bahan B
90 gm tepung
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu
Cara:-
- Ayak tepung bersama serbuk koko.
- Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
- Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
- * kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.
Bahan C
5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang
Cara:-
- Panaskan oven pada suhu 160 C.
- Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc.
- Sapukan loyang dengan sedikit butter.
- Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
- Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
- Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
- Kacau rata.
- Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
- Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
- proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
- Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang. dan ratakan.
- Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
- Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
- Potonglah brownies kepada kepingan.
- * Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Untuk resepi ini akak mengunakan cooking chocolate jenis Beryl. Di syorkan mengunakan cooking chocolate yang mahal supaya mendapat hasil dan rasa yang sedap. Akak tidak mengunakan kekecang sebab anak-anak tidak mengemari kekacang. Jangan kacau terlalu kuat. Ini mengakibatkan berbuih banayk dan permukaan tidak. Kita akan tertanya kenapa brownies masak tidak keredut seperti yang kita ingin . Biarkan sejuk baru keredut itu timbul.
Alas kertas dengan grease paper sebab senang hendak mencuci loyang pembakar. jika tidka kena rendam. Brownies sedap di makan dengan ice krim kalau tidak percaya anda harus mencuba
selamat mencuba
ok bai
No comments:
Post a Comment