14 September 2015

BLUEBERRY CHEESE CUPCAKE

Blueberry cheese cupcake ini idea Mat Gebu , tuan empunya tiffinbiru.com. Ngences..thanks mat sebab bagi idea

Resepi ada tersimpan dalam gobok buku. Hujung minggu anak-anak ada di rumah. Semua geng kuat makan. Minggu ini dia orang minta cheese cake. Tidak boleh tidak. Kalau tidak boleh momee kena beli dekat secret resepi depan rumah...huuu.. sungguh tidak mampu..

Beli bahan RM23.90. Kalau gi secret resepi RM100++. Ok mak korang buat. Oleh itu akak share resepi mudah ini dan langkah demi langkah.



Blueberry cheese cup cake



BAHAN-BAHAN UNTUK BLUEBERRY CHEESE CUPCAKE

Bahan:-
250gm cream cheese - akak guna tartura
125gm gula castor
100gm butter -nak guna selain anchor pun boleh
3 biji telur
1 pek oreo
1/2 sudu teh esen vanilla
Blueberry fruit filling
Cup  secukupnya

Cara:-

1. Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu
2. Masukkan butterndanb pukul lagi
3. Masukkan telur dan esen vanilla
4. Pukul sampai semua bahan rata
5. Susun cawan dalam loyang pembakar
6. Oreo perlu di buang cream putih dan susun dalam cup
7. Isikan bahan cheese tadi 3/4 cawan
8. Bakar dengan suhu 160c atas bawah selama 30min atau masak
9. Bila sejuk letakkan blueberry diatas cake
0. Simpan di dalam petisejuk sebelum makan untuk rasa lebih enak.




Pukul cream cheese dan gula


Pukul hingga gebu

Masukkan telur dan pukul lagi




Susunkan cawannkek dalam tray pembakar dan masukkan biskut oreo




Isikan adunan 3/4 bahagian cawan dan bakar 

Cupcake ini mudah di sediakan dan murah. Jika mahu buat jualan boleh di jual antara RM2.50-RM3.00. 

Anak-anak suka apa sahaja dinamakan cheese dan cheese tartura memang sentiasa ada di dalam peti sejuk. Sebab murah dan senang di dapati

Selamat mencuba

Ok bai




No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...