01 September 2014

Satay Goreng

Assalamualaikum

satay goreng.. apa itu satay goreng...?
jeng jeng jeng..
macam dah lama tak ke udara kan.. bersawang sawang blog ni.. sorry uols ..i busy gilers

ini lah satay goreng
Satay Goreng

Resepi

1 ekor ayam
3 sudu besar jintan putih
3 sudu  besar ketumbar
6 cm halia.. sebesar ibu jari kaki
6 cm lengkuas
5 batang serai
1 biji bawang besar
3 sudu besar cili boh
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa
gula merah 10gm
minyak masak utk goreng
lidi cucuk satay

cara

1. ayam perlu di potong untuk di jadikan fillet..
buang tulang
2. jadikan fillet lepas itu perlu di potong kecil besar 2cm X 3cm.. lebih kurang
3. jintan, ketumbar, lengkuas, halia, bawang dan serai di kisar halus
4. masukkan bahan kisar ini kedalam ayam dan campurkan dengan cili boh, gula, garam dan gula merah
5. ikut rasa lidah masing-masing kalau kurang tambah lagi garam dan gula
6. perap paling kurang 5 jam dalam peti sejuk
7. selepas perap keluarkan untuk goreng
8. minyak dipanaskan dalam kuali
9. masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan goreng himgga garing
10. angkat dan tapis minyak
11. biar sejuk sekejap.. baru di cucuk pada lidi

satay goreng ini mudah. sebab kadang-kadang ita tak de tempat pembakar..cara ini mudah cepat tak perlu berasap

selamat mencuba

ok bai



No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...