02 May 2014

Masak lemak udang cili padi dengan belimbing buluh

assalamualaikum
Masak lemak udang cili padi dengan belimbing buluh

Lauk ini selalu menjadi hidangan masa arawah mak dan ayah hidup..klu tidak udang.. arwah mak mesti masak dengan ikan parang.. letak cili padi.. sedaplah sangat.. balik sekolah dengan berlari tanya mak.. masak apa hari ni.. mak adalah the best juru masak in the house..

tapi itu zaman kecik-kecik .. sekarang kita pulak masak untuk anak-anak kita. kita pulak jadi the best juru masak for them

udang pulak di tangkap dari ladang udang my bro... apa lagi manis, lemak semua cukup


udang

 Masak lemak cili padi udang dan belimbing buluh

Resepi

1 kg udang
500gm santan
10 biji cili padi
200gm belimbing buluh
5 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
garam
2 keping asam keping2 helai daun kunyit
garam secukup rasa

cara
1. udang potong hujung kepala yang tajam
2. kisar cili padi, kunyit hidup dan bawang besar
3. belimbing di belah dua
4. masakkan udang, bahan kisar, belimbing dan asam keping hingga mendidih
5. masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak hingga mendidih
6. masukkan garam  secukup rasa
7. hiriskan daun kunyit dan masukkan kedalam lauk
hidang kan

ok bai





No comments:

Post a Comment