16 May 2014

kuah kacang

Assalamualaikum

kuah kacang sedap kalau makan dengan nasi impit.. org sebelah selatan suka lah nie...boleh juga makan dengan benda lain..anak-anak saya memang suka lah. dulu tiap kali hari raya.. makcu ni lah tukang buat kuah kacang. sekarang dah duduk jauh tugas itu telah di ambil oleh orang lain. tapi sekali sekala masak untuk anak..cuba resepi ni yer


kuah kacang



Kuah kacang.. Resepi
1/2kg serbuk kacang tanah
50gm cili boh
30gm udang kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5inci halia
5 inci lengkuas
2btg serai
1/2 buku gula melaka
Gula dan garam secukup rasa
Asam jawa sebesar ibu jari utk airnyer
Air
1000ml

Cara
Kisar bawang, udang kering halia dan sebatang serai
Tumis bahan tadi hingga naik bau
Ketukkan lengkuas dan serai dan masukkan
Masukkan cilu boh.. biarkan masak hingga garing
Masukkan kacang tanah dan air asam
Biarkan mendidih dan masukkan gula melaka, garam dan gula
Api kecil dan sentiasa kacau
Saya selalu masak selama 1/2[jam utk lembutkan kacang dan menerbitkan aromanyer

No comments:

Post a Comment