06 June 2016

Berbuka Puasa di Tony Roma's Mahkota Prade




Mesti korang macam blur hendak makan waktu berbuka puasa. Kak Z pilih untuk berbuka di Tony Roma's Mahkota Prade. Secara kebetulan ada voucher RM100.00 boleh lah di gunakan. Sekarang Tony Roma's sedang buat promosi beli 2 dapat percuma 1. Jimat-jimat..






Hanif, Haris dan Hanis pilih burger. Besar betul burger daging ni. Kenyang sampai sahur. Ada chips. Puas hati. Orang tua-tua kata keneneng perut. Abang dan Momee makan Fish and Chips. Kenyang jugalah untuk mak dia. Abang dia kenyang sebab kecil. Di sebabkan adik hanis tak larat hendak habiskan burger dia. Abang hakim kena habiskan.




Kami minum air kosong aje. Jimat cermat...haa. Secara keseluruhan kak Z puas hati dengan makanan di Tony Roma's ini. Cuma layanan dari pekerja kurang memuaskan. Mungkin kami hanya pakai selipar jepun dan pilih makanan yang paling murah. Pandangan terhadap kami mungkin ada sikit low class. Ada pekerja mempersoalkan dari mana Kak Z dapat voucher RM100.00 Tiny Roma's. Sepatutnya ini tidak berlaku. Sebab kami datang bukan sebab kami tidak berduit. Boleh aje hendak bayar dan makan lebih mahal. Anak-anak kak z tak makan. Dari membazir baik makan apa yang mereka suka walaupun murah. Voucher itu adalah perberian Tony Roma's bukan curi. Kalau kak z beri voucher itu sebagai gift away macam mana? Mungkin kesian penerima tersebut bila dipersoalkan begitu. Diharapkan pihak berkenaan dapat melatih pekerja dengan lebih baik lagi.

Ok bai

No comments:

Post a Comment