02 June 2016

Tony Roma's di Melaka..Sedap Steaknya..



Tony Roma's terkenal dengan steak telah membuka cawangan di Melaka. Ini adalah cawangan yang ke-11, terletak di Ground Floor, Mahkota Prade, Melaka. Pembukaan cawangan baru ini mudah bagi penduduk negeri Melaka mempelbagai pilihan mereka untuk menikmati steak yang sedap. Mulai hari ini orang Melaka tidak perlu jalan untuk menikmati steak Tony Roma's. Kerana restoran Tony Roma's sudah ada di Melaka. Restoran ini mempunyai 149 tempat duduk dengan pelbagai pilihan makanan. Pembukaan cawangan baru di Mahkota Prade, Melaka kerana di kelilingi oleh tempat bersejarah, kawasan perniagaan yang pesat membangun dan di kelilingi hotel-hotel yang terkenal.





Antara pilihan makanan yang ada ialah World Famous Onion Loaf, Boutifuk Beef Ribs, Lamb Ribs, Mojo-Grilled Cod with pineapple Salsa, 10oz Wagyu Ribeye dan desert yang sedap TR's Chocolate Avalanche. Pilihan Kak z ialah signature dishes Tony Roma's Boutiful Beef Ribs. Tony Roma's Boutiful Beef Ribs terpilihan sebagai Best Ribs in Town. Bila kita suapkan daging ribs kedalam mulut rasa manis daging dan sos bbq sangat sedap. Kak z masih teringat-ingat nikmat ribs tu.



Bukan hanya Boutiful Ribs sahaja yang sedap, Lam Ribs juga sedap. Kak z tidak berapa suka makan lamb, bila rasa Lamb Ribs Tony Roma's terus jatuh cinta. Patutlah Lamb Tony Roma's di undi sebagai The Best Lamb Ribs. Bila kita makan tidak terasa bau daging kambing. Manis daging dan di masak lembut supaya para pelanggan boleh menikmati daging ini dengam sedap dan mudah di kunyah.



World Famous Onion Loaf..macam goreng pisang bila kita makan. Sebenarnya bawang celup tepung. Tapi bukan sebarangan bawang celup tepung yer. Ramai orang tidak suka bawang, tapi di Tony Roma's World Famous Onion Loaf kita akan makan sampai habis sebab sedap dan rasa manis bawang tanpa bau yang kuat. Tepung berperisa dan bawang di susun bertingkat. Kita akan kopek 1 persatu bawang tu dan cicah dengan sos cili atau sos bbq. Macam makan snek dan mampu mengkhayalkan kita sambil menikmatinya. Haaaa.... pilihan appetizers bukan hanya onion loaf anda boleh menikmati Kickin Shrimp, Fried Mushroom atau Red Hot Chicken wings.



Wagyu ada daging yang mahal mengikut kadar serat lemak yang terhasil dalam daging. Daging wagyu adalah antara daging termahal di pasaran. Di Tony Roma's hidangan ini akan menjadi pilihan kepada peminat steak. 1 portion daging boleh mengenyangkan kita yang dewasa ini. Cara masak samada separuh masak atau masak sepenuhnya. Kak z akan pilih separuh masak. Sebab daging lebih berjus dan tidak kering. Untuk menikmati steak yang sedap rasa daging yang berjus akan ada rasa manis daging. Anda boleh juga minta masak sepenuhnya. Ada banyak pilihan steak disini selain Boutiful Beef ribs. Antaranya ialah Beef Rib Sampler dan Beef Short Ribs.

Di Tony Roma's bukan hanya menghidangkan beef atau lamb sahaja. Jika anda suka makanan laut ada pelbagai pilihan. Antaranya Fish and Chip, Shrimp and Salmon Piccata atau Mojo-grilled Cod with Pineapple Salsa. Pada juga pilihan pasta dan hidangan ayam. Side dishes juga menarik contoh coleslaw, baked potato, nasi dan jagung.



Pencuci atau dessert pasti ada selepas kita makan steak. Pencuci mulut seperti Chocolate Avalanche, Red Velvet Cakes atau Pineapple Upside Down Cake. Sebenarnya banyak kalau Kak z nak tulis, tapi ini pilihan Kak z. Jika makan sepinggan hidangan di Tony Roma's, kenyang sampai malam. Yang pasti otak kita akan berfikir untuk datang lagi. Kak z hanya boleh share gambar dan meluahkan rasa nikmat makanan tersebut melalui citarasa Kak z. Korang kena cuba sendiri untuk membenarkan tulisan kak z ini bahawa steak di Tony Roma's sedap.



Untuk penduduk negeri Melaka, Tony Roma's sedang membuat promosi pembukaan restoran, beli 2 hidangan anda akan mendapat 1 hidangan percuma. Promosi ini sehingga 30hb June 2016. Cepat orang Melaka ambil peluang ini. Hanya di Tony Roma's, Mahkota Prade, Melaka




Tempat:

https://www.google.com.my/maps/place/Mahkota+Parade/@2.1892349,102.2484631,18z/data=!4m5!3m4!1s0x31d1f1e14616e333:0x7a3777fe45d9efbd!8m2!3d2.189066!4d102.249949?hl=en

Alamat:

Mahkota Parade
Lot G04, Ground Floor,
1, Jalan Merdeka, Melaka
Tel: 606-281 0962

Ok bai

No comments:

Post a Comment