21 August 2016

Ikan Patin Asam Tun Teja


Masakan Ikan patin tempoyak memang terkenal di Temerloh Pahang, Walaupun Kak Z tidak makan tempoyak dan ikan darat seperti ikan patin, Kak Z berkongsi resepi ini untuk para pembaca yang sudi datang melawat blog Kak Z. Resepi asal adalah perkongsian Chef Azman Bin Jemangin dari Seri Pacific. korang boleh cuba yer.

resepi: Chef Azman Jemangin, Seri Pacific
lokasi: Zende, Seri Pacific, Kuala Lumpur

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Patin
2 sudu Tempoyak (*)
4 cawan air
2 biji Cili merah (*)
10 biji Cili padi (*)
1 inci Kunyit hidup (*)
1 gengam daun kesom

Method:
1. Tumbuk cili merah, cili padi, kunyit hidup sehingga separuh hancur dan campurkan tempoyak dan gaulkan daun kesom.
2. Reneh air didalam periuk, masukkan bahan tumbuk tadi sehingga sampai mendidih.
3. Masukkan pula ikan patin dan perlahankan api dan bubuh garam secukup rasa

No comments:

Post a Comment