01 April 2016

Rawatan Ultheraphy..apa itu?



Bila usia dah meningkat macam kak z, antara benda yang menjadi perhatian ialah kedutan di mata dan mengelebeh bawah dagu. memang lah orang kata ketentuan Allah sebab dah tua. Rumah kata pergi kubur kata mari. Suasana paling haru bila anak-anak kata..momee kita dah tua. Bikin guwa nangis tepi tangga bila anak-anak cakap macam itu. kecil hati semut tau..

Biladah  dengar anak-anak cakap macam itu. Apalagi kak z berusaha untuk kelihatan cantik dengan menyapu krim.. aku tepek sana sini setiap malam. tapi keputusannya sangat minimum...hurmmm. Kak z pun baca lagi kat google macam mana nak buat.. sebab satu  masalah jeragat. dan no. 2 masalah muka dah melayot. Melalui baca sudah tentu antara rawatan pilihan ialah

1. Pemakaian krim 
2. laser, 
3. Pembedahan
4. botox
5. lifted
6. Ultheraphy

Semua rawatan ini mempunyai risiko. Contoh pembedahan, kak z alah kepada sesetengah anti biotik. lag pun kalau masuk hospital siapa hendak jaga abam-abam sado kat rumah ni.. berisiko tinggi . sila jangan cari pasal zura. 

Botox? ada fatwa jakim mengatakan botox tidak boleh digunakan. Lifted.. Nak masuk jarum dalam muka aku.. ngeri.. ohh tidakkkk.. pilohan terakhir ialah Ultheraphy lah nampaknya.. Tidak perlu bedah, Tak perlu botox, tidak perlu masuk jarum.

Apa itu ultheraphy?



Ultherapy adalah rawatan kulit muka tanpa pembedahan yang menggunakan ultrasound. Risiko sangat minimum .dan selamatt. Ultherapy ialah terapi ultrasound untuk rawatan kolagen. Secara tidak langsung meningkatkan kadar collegen kita. Ia juga menggabungkan pengimejan ultrasound tradisional, yang membolehkan pengamal untuk melihat lapisan tisu dalam kulit  dan tenagadi salirkan lebih rata.  Ini akan mengangkat dan menganjalkan kulit longgar. Ultrasound menyasarkan kulit dan lapisan asas dalam tisu. Setiap tenaga  dari ultrasound akan di hantar ke kawasan yang lebih dalam dari kulit supaya memberi impak yang lebih besar. Kawasan yang terlibat ialah dahi, leher dan dada.  




Nak tahu tak.. sekarang ramai artis Korea guna rawatan  ini tau...Dan hasilnya pasti menakjubkan. I akan nampak lebih muda you...macam orang Korea ler aku lepas ni...hii



Masalah lah pulak..mana aku nak cari doktor yang pakar dengan Ultheraphy ni kat Melaka? Patah semangat kejap sebab semua di Kuala Lumpur.  Kawan kak z..doktor gigi kata kat hospital dia kerja ada buat rawatan ni.  Minah kepoci ni pun pergi lah tanya kat Klinik Aesthetic Mahkota Medical Center. Ada rupanya. Seronok ler. Pakar rawatan ini ialah Dr Kelvin Tan. Dari a - z Kak z tanya. Dia terangkan semua-semua procedure untuk Ultheraphy ni. Puas hati dengan penerangan dia. Harga rawatan.. sila hadam sebentar ....RM10,000 - RM15,000.  Terus setuju. Kalau di Kuala umpur RM18,000- RM24,000.







Dr. Kevin Tan ialah doktor pakar Aesthetic Pakar Mahkota Medical Center yang akan buat rawatan ini pada kak z. Dia terangkan, Rawatan hanya sekali. Keputusan  dari rawatan ini mengambil asa lebih kurang 3-4 bulan. bukan seperti rawatan lain boleh kita lihat perubahan serta merta. Kena sabar, bentuk muka kita akan berubah sedikit demi sedikit. Sakit atau tidak? Sakit sikit sahaja. Kalau bedah lagi sakit.  Betul tak? kalau sakit aku gigit doktor tu..



Set appoitment.. hari Isnin 4hb April 2016, Doktor Kevin akan memulakan rawatan ini. dari tarikh itu kita akan tengok setiap perubahan di muka akak tau..



Kalau berminat untuk mendapatkan rawatan ini boleh hubungi Dr Kelvin Tan, Aesthetic & Laser Centre  Mahkota Medical Centre, No. 3, Jalan Merdeka, Mahkota Melaka, Melaka, 75000 Malacca, Malaysia. Phone:+60 6-285 2777

ok bai

pic: from google

3 comments:

  1. wahhhh kak z! tazzabarr nak tgok perubahan tu. nnt nmpk mcm kite sebaya la kan heheheh

    ReplyDelete
  2. Btul tu, nak operate n cucuk botox tu cam scary memikirkan side effects nya. Okeh tunggu next update dari kak z.

    ReplyDelete
  3. lebih kurang plastic surgery ke kak Z ? Tak tau, tu yg tanya

    ReplyDelete