17 April 2016

Jawapan Luar jangkaan bila wartawan interview dia


Semalam abang hakim telah di beri peluang untuk dimasukkan kedalam sebuah akhbar. Bukan main seronok lah dia. Abang hakim ada blog. Sebab itu wartawan cari dia. Wartawan telah menemu ramah dia. Mak dia ajar sikit-sikit hendak jawap apa kalau orang tu tanya. Mak dia kan kerja interview orang..abang percaya tak momee cakap apa.. ko tu kalau momee takutkan cerita hantu pun ko caya.. abang abang..

Alhamdullilah dia jawap dengan baik walaupun dia berumur 16 tahun. Wartawan tanya macam mana timbul minat untuk tulis blog. Katanya sebab mak saya seorang blogger selalu bawa saya ke event dan travel melalui blog dia... jadi ibu saya yang banyak mengalakkan saya. ..huihh pandai menambah dan menjawab.

Jawapan yang paling tidak boleh belah.. saya blogging sebab saya mahu menyebarkan maklumat dan berkongsi benda yang baik kepada rakan-rakan saya...wow.. tak sangka mak.. mak tak ajar tu..

Apa pun momee bangga anak momee dapat menjawap dengan baik sekali. Kenapa kak z beri pendedahan kepada dia. Sebab kak z mahu ajar dia supaya dapat menempuhi cabaran yang lebih meluas lagi dia luar. Pengalaman ini amat berharga kepada dia. Kak z akan bagi galakan terbaik kepada dia. Insyallah
Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...