28 April 2016

Bila momee pergi pasar


Kak z setiap hari mesti masak di rumah. Mana boleh tahan makan luar. Anak-anak yang membesar sebagai juara tu semua kuat makan. Sekali makan luar untuk tengahari sahaja boleh cecah RM40.00. Sehari RM100.00. Botak kepala mak. Kalau beli bahan mentah dan masak dirumah belanja hanya RM150.00.

Kak z akan beli bahan mentah di pasar. Seperti ikan dan daging. Sayur atau ayam di supermarket. Sebab lebih murah dari pasar dan qualiti lebih baik.



Bila masuk pasar, macam-macam jenis ikan kita kenal. Kak z masih belajar kenal nama-nama ikan. Sebab banyak ikan yang dalam laut tu masih kak z tidak tahu namanya. Kadang-kadang kak z google. Kelakarkan

Kalau di tempat kak z tinggal sekarang ni orang suka makan ikan parang, tenggiri, kembung, selar, merah, siakap dan jenis-jenis cengkerang. Kalau di utara orang suka makan ikan tongkol, cermin, siakap, bawal dan lain. Kalau di barat dia orang suka makan ikan salmon dan makarel. Di beijing, china banyak darat. Ikan kap paling famous. Mungkin jenis-jenis ikan ini hidup di berlainan tempat kot.

Bila kak z masuk pasar semua kak z nak beli. Sabar z sabar. Berpada-pada. Anak kak z suka salmon, kembung, tengiri, selar, makeral. Yang lain tu. Jadi makanan kucing jer. Baik beli yang diaorang suka. Betul tak?

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...