Agrofarm Stay terletak di Durian Tunggal Melaka. Ini kali kedua datang kesini. Kali pertama tahun 2015. Kali ini datang sebab ada bengkel fotografi 2-3hb Januari 2016. Terletak kira-kira 7 batu atau 15 minit dari pekan Durian Tunggal.
Selama 2 hari disana, akak dapat melihat tempat ini memiliki pelbagai saiz bilik seminar jika ada yang ingin mengadakan seminar team building atau mesyuarat di sini. Tempat ini selesa dan luas. Ada juga dsediakan kemudanWifi, photostate, printing, LCD dan juga komputer. Dewan terbuka dan dewan tertutup yang boleh memuatkan sehingga 70 orang, dewan makan, bilik mesyuarat dan bilik latihan.
Bilik Mesyuarat
Bilik Seminar
Bilik Seminar
Bilik Kursus
LCD
Ruang untuk photostate
Kawasan Agrofarm ini terletak di atas tanah seluas 30 ekar. Sekelilingi ialah kawasan pertanian dan tumbuh-tumbuhan hijau yang sesuai untuk bersantai atau untuk aktiviti-aktiviti seperti latihan fizikal dan kecergasan (halangan dan keyakinan air) , perkhemahan, kem motivasi dan sebagainya. Sebuah villa, bilik dua katil, 8 katil bilik , chalet , tapak perkhemahan dengan khemah-khemah , kiosk , karaoke , , surau , kolam renang, tandas dan bilik mandi , perkhidmatan katering , peralatan pandang dengar dan kemudahan untuk aktiviti lasak.
Villa di AgroFarm
Ruang Makan dalam Villa
Ruang Tamu dalam Villa
Bilik Tidur dalam villa yang bersih
Ruang Santai Dalam Villa
Bilik Dalam Villa
bilik ini berkonsepkan dorm
Kabin juga ada untuk team building
Antara tarikan
Kuda ini bernama Bujang
Aktiviti berkayak dan memancing
Itu rumah kasut @ bilik Karaoke..
Tempat Makan dan mejalankan aktiviti sampingan
Kolam Renang
Surau
Tempahan boleh dilakukan melalui talian http://agrofarmstay.my/reservation/. Atau boleh hubungi nombor ini 012 - 211 8246 (En.Bari).
No comments:
Post a Comment