23 November 2015

TERUJA DI KLIA2



Budak-budak 4 orang ini belum pernah pergi atau naik kapal terbang dari KLIA2. Mak banyak airport di Malaysia dah pergi.. relax aje. Bila anak-anak dah datang teruja sungguh. Sebab besar.. lebih besar dari KLIA 1. Jalan penat wooiii







Jika hendak datang ke KLIA2 boleh melalui ERL, kereta, motorsikal, basikal atau bus. Jalan kaki jangan cari pasal, jauh kedalam. Kami naik ERL bayar RM94.00. Kalau naik bus murah sikit lah RM53.50 sebab tiket seorang RM10.70.



Sebelum datang ingatkan nak kenyangkan anak-anak sebab mesti lapar. Terlupa apa lagi makan di sana. Hambik ko mahal 2 kali ganda. Biasa lah mana-mana airport pun macam tu.. siap-siap duit aje.







Masa nak boarding jumpa pula geng robotic Malaysia yang menang piasa emas di Doha. Si kembar seronok lah.. dia di peringkat negeri jer
Next peringkat antarabangsa ok..





Kami masuk kedalam pukul 1.00pm untuk solat.. boleh tahan hendak berjalan yer boarding di Gate K10... mak pernah Boarding di J17..haru..
Mengah juga berjalan.. alhamdulilah dah kurus sikit..itu sebab boleh jalan jauh.







Apa pun it was fantastic. Next trip international boarding gate.

Ok bai

No comments:

Post a Comment