12 September 2015

Cekodok pisang

Assalamualaikum



Cekodok pisang buat akak teringat pada arwah mak dam ayah. Sebab mak rajin buat. Ayah rajin makan. Setiap petang mesti ada sahaja kudapan yang mak buat untuk ayah dan anak-anak dia. Pisang tumbuhan yang paling senang hendak hidup. Suatu masa keliling ipni penuh dengan pokok pisang. Pisang nangka, pisang nipah, pisang tanduk, pisang masam manis, pisang 40 hari dan ada beberapa pisang nama yang akak tidak kenal

Hari ini hendak share resepi cekodok pisang. Simple dan sedap

Bahan

500 pisang..
100mlm air
200gm gula
200gm tepung
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Minyak untuk mengoreng

Cara
1. Kisar pisang, gula, air dan garam sekali
2. Kemudian bancuh dengan tepung
3. Bila sudah rata masukkan soda dan kacau hingga rata
4. Panaskan minyak
5. Jemput-jemputkan adunan tadi dalam minyak panas
6. Goreng sehingga kelihatan berwarna coklat

Kenapa soda di letak akhir sekali. Jika kita letak terlalu awal soda akan jadi tidak aktif. Bila kita goreng cekodok kita tidak mengelembung.

Selamat mencuba

Ok bai

No comments:

Post a Comment

GLAMPING SECARA CAR CAMPING

Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malay...