11 September 2015

Style Workshop Bersama WAWA IDRIS

Assalamualaikum

Akibat teruja untuk nampak cantik bila pergi interview orang atau di jemput untuk buat review akak pun sampai ke tempat workshop pukul 8.30pagi.. Orang pertama yang sampai. Di sambut oleh seorang wanita yang cantik... wow ini lah dia Wawa Idris.



Style Workshop by Wawa Idris 

Pada 5hb September 2015, akak menghadiri Style Workshop by Wawa Idris with Kelab Blogger Ben Ashaari, bertempat di De Palma Hotel, Ampang.


Bergambar bersama Wawa Idriss


Tema workshop tersebut ialah Smart Santai. Hari itu akak pakai baju hitam, skirt kembang merah dan wedges merah.. Dah lama tidak pakai baju begitu elegent semenjak meninggal dunia kerjaya.. selalu hanya dengan falt shoes atau selipar jepun.. Masa zaman anak dara sungguhlah bergaya. Bila anak dah empat pakai as simple as I can. Sekarang semua sudah besar.. I want to look beautiful as before.


My stail pada hari workshop.. 3 tone color


Bila Ben Ashaari ajak datang workshop ini, terus angkat tangan sebab lepas ini perlu lebih kemas kerana ramai mata-mata yang memandang. Hot mummy kan? Ia ker? Hakikatnya sejak aktif berbloging rasa hendak pakai baju cantik supaya orang tengok kita kemas. Kita kan selalu live update about our status dalam Facebook, instagram dan twitter. Apabila follower tengok mesti rasa teruja untuk follow kita dan juga barang yang kita review. Kalau interview atau photo shoot untuk majalah orang akan melihat kita juga. Betul tak?

Dalam workshop ini banyak tips yang di pelajari dari fesyen, keterampilan diri, kesesuaian badan mengikut bentuk badan, warna yang sesuai, jenis kain yang sesuai kita, dress code, aksesori yang sesuai dan fashion yang sesuai untuk akak yang bebadan 1 tali tape pun tidak cukup.. heerrmmm..

Wawa membincangkan mengenai style


Untuk kelihatan cantik menarik dan tertarik dress code perlu sesuai dengan masa, aturcara dan tempat

TOP= TIME.. OCCASION ..PLACE

Time = masa – siang atau malam
Occasion = aturcara – meeting, review, interview, acara luar rumah
Place = tempat – disko, rumah orang kahwin, hotel, restoran atau hospital



Peringatan pada diri sendiri, lepas ini kalau pergi event dan shooting baju kena sesuai dengan imej sebagai blogger yang kemas dan penulis yang bersopan. Kasut juga perlu sesuai jangan pakai seliper jepun. Seeloknya pakai kasut yang bertutup. Sebab kasut juga boleh mengambarkan keterampilan, status dan imej seseorang contoh oxford shoes. Lagi banyak lubang ukiran kasut itu lagi tinggi nilainya. Baru ku tahu. Kesesuai memakai kasut ini dengan kemeja dan blazer. Kalau perempuan pun penting juga.  Kalau pakai kasut bling-bling dah macam disko .  seeloknya di elakkan.


Jenis kasut yang di cadangkan


1st impression is the last impression. Bila orang tengok kita selekeh pasti orang elak untuk dekati kita. Bila kita kemas semua orang hendak bercakap dan dekati kita.  Sekurangnya  tidak menjadi bahan kutukan. Selalu akak di jemput wakil media, melihat wartawan-wartawan yang hadir ada yang selekah ada yang kemas. Layan lebih kepada kita yang berpakai kemas lebih dari yang selekeh. Bila fikirkan apa yang Wawa terangkan betul juga. Pernah semeja dengan seorang wartawan. Itu adalah pertama kali berjumpa dengan dia badan dia berbau. Bila jumpa dia lagi masih ingat badan dia berbau.  Pastinya tidak mahu perkara itu berlaku pada kita kan. Lepas hadir workshop ini keterampilan akak akan lebih menarik. Berkeyakinan dan berimej seorang berwawasan.


Gambar selfie di kehendaki masa workshop



Bersama jejaka impian Malaya


:Penampilan kita sebenarnya semudah ABC. Apa dia?

A - Appearance          
B - Behavior              
C - Communication  


1. Apprearance

Keterampilan diri kita. Jika kita seorang yang bergaya dan hansome tapi garang cakap dengan kita layan tak layan, kalau akak ketuk aje kepala dia . tapi berani ker? Pasti tidak. Tapi dalam hati akan ada chop pasal orang ini.. bak kata orang Melaka macam hawauu punya perangai.

Bila berjumpa dengan orang, kita kelihatan kemas cakap pun bersopan dan tersusun kata-kata, kita pasti orang akan tertarik dengan keterampilan kita boleh kena ngorat owww…  biasa terjadi..itu sebab sebut..

2. Behaviour

Kelakuan kita. Didalam sebuah event yang besar  kita mesti mejaga kelakuan. Jika event itu adalah acara rasmi dan di hadiri VVIP. Kita nboleh buat bising dan tidak boleh melanggar protokol. Kelakuan ini di jaga terutama sebagai blogger yang sentiasa di pandang negative sesetengah pihak.  Tunjuk kelakuan tidak senonoh laik kali orang tidak jemput kita lah…contoh bila jumpa Yang di Pertuan Agung kena sembah daulat sebagai tanda hormat. Kita tidak boleh sesuaka hati unuk bersalam dengan tuanku sebab melanggar protocol. Jika melanggar protocol pasti oaring akan mempekatakan pasal kita. Dah lah kita ni blogger terkenal betul tak? Sila jaga kelakuan kita.

3. Communication

Komunikasi yang menarik akan membuat orang toleh kearah kita sebanyak 2 kali.  Itu dinamakan x factor. X faktor ini lah di perlukan seorang emcee, pengajar atau pemimpin. Pengalaman akak sebagai penulis, kauselor dan pensyarah di sebuah university memberi kelebihan kepada akak untuk bercakap dengan orang di sebelah kita atau audience. Bila kita bercakap kita mahu orang puas mendengar. Macam penyanyi, suara sedap orang pasti tertanya siapakan dia. Percakapan kita yang menarik akan “influence” orang yang mendengar. Maknanya next jobs menanti.

Wawa mengatakan kita perlu SELFIE. Apa itu SELFIE?



Bersama pemenangan best dress code Lelaki Nazlee @ atuk PCL

S - stop comparing your self
E - external perpective
L- list you awesome threat
F- focus on achievement
I - inner self
E - embrace your self



i mean i need to do this. what ever i have at my body everything is good only have to improve it to become better.


Jejaki dan jejaki ini perlu di ubah stail mereka

Wawa Idris juga mengajar dress code yang sesuai untuk diri kita.:-

1. Orang berbadan besar dan gemuk

Elak  baju berlapis-lapis. Di galakan pakai baju dari kain siffon, sebab kain siffon kain lembut dan jatuh. Tapi siffon ini sesuai di gunakan dengan seluar slack dan skirt. Elak dari memakai dengan seluar

2. Tone warna

Pakai warna gelap dan berpakaian warna ton senada. Di galakkan memakai hanya 2 tone warna. Jika lebih ini akan menjejaskan keterampilan terutama ton warna kulit , saiz dan kekemasan kita. -

3. Saiz pakaian

Pakai pakaian yang bersaiz sebenar. Jangan pakai pakain lebih besar atau lebih kecil dari kita. Kita pakaian kita kita luar dari saiz sebanar ini kan memberi impak kepada penampilan kita. Mungkin kelihatan serabai dan selekah.

4. Elakkan pakaian bercorak melintang.

Corak melintang akan menyebab kan kita kelihatan besar. Halamak akak mempunyai banyak baju belang nampanya kena cari baju lain untuk kelihatan kurus dan cantik

5. Elakkan baju yang kembang belah bawah.

Jika badan yang besar macam akan jangan verangan hendak pakai baju pulplum. Sebab kita akan Nampak lebih besar terutama bahagian bawah.

6. Double chin

Elakkan pakai T-Shirt round neck. Sila pakai kemeja atau T-Shirt V Shape. Muka bulat tolonglah elakkan pakai aksesori atau apa saja yang berbentuk bulat atau corak bulat. Apa sahaja berkaitan dengan corak bulat

7. Badan bersaiz kecil

Di galakan memakai pakaian warna senada. From top to toe. Sebab warna berlainan akan menampakkan si kecil molek rendah kerana  “Contras colour” boleh memotong ketinggian sehingga kelihatan pendek.

8. Seluar

Jika kita memakai jeans atau seluar slack asamada lelaki lelaki atau perempuan jangan lipat kat bahagian bawah. Kerana ini akan memotong ketinggian kaki anda. Wawa menasihatkan supaya membuat alteration yang betul jika seluar kita terlalu panjang.


Waktu badanku di ukur 


Sesi seterusnya ialah Oh My Body. Jangan ukur ikut cm, sil aikut ukuran inci. Sebab apabila ukuran cm akan keluar angka berates-ratus. Pitam oiii.. terutama akak yang for sure guna 2 tali tape bak kata Lan Careno. Tapi tidak.. fuhhh selamat. Ukuran badan ku masih kecil.


jenis badan dan personality - gambar credit kepada nina mirza


Di ikuti sesi Mix and Match. Sebelum datang ke workshop ini Wawa telah pesan bawa dua pasang baju. Kerana dia akan mengajar cara mix and match jika kita tidak banyak pilihan baju dan cara ini murah juga jimat.


 
gambar mutiara - gambar credit kepada nina mirza


Wawa Idris sedang memberi komen mengenai pakai yang sesuai untuk dipakai dalam mix and match

Dia mencadangkan setiap wanita harus ada rantai mutiara untuk. Nampak lebih Berjaya, elegent dan exclusive.

Dia membuat demonstrasi keatas diri akak. Sebab my body shape out already kena berpakaian yang sesuai dengan bentuk badan ku yang gebu, montok  dan tembun.. perubahan dari  sexy, tall and sophisticated. that was 10 years ago. Antara nasihatnya:-

1. 3 tone colour.. katanya kalau boleh guna 2 tone color sahaja
2. Baju sudah sesuai. Cuba skirt kalau boleh memakai yang straight cut. Elak memakai skirt kembang. Maknanya skirt kembang yang ada simpan dalam  gobok ler..
3. Kasut pula, elakkan suka sangat pakai selipar jepun. Secara kebetulan hari itu baru balik uruskan kanak-kanak 4 orang itu terpakai crocs. Wedges tertinggal dalam kereta. Apa lagi kena tegur lah tidak sesuai. Next time makcik pakai kasut tinggi ok..

Sesi akhir kami semua bergambar




Pembelajaran hari tersebut sungguh berguna kepada akak. Dengan diploma event management dan sijil interpersonal skill yang ada tambah lagi satu ilmu iaitu stylish. Lepas ini hendak belajar make-up supaya boleh buat make over. Wawa.. don’t forget to invite me hokey.. teruja to meet her again.

Kepada sesiapa ingin merubah imej mereka menjadi lebih menarik kursus ini sangat sesuai. Rasa macam tidak cukup lagi ilmu yang ingin dipelajari pada hari itu. Nak lagiiii.. please..
atau uollss yang rajin ada masa banyak tuu kat office sila lah usha-usha timba ilmu baca kat web Puan Wawa  di www.wawaidris.imejpatik.com atau facebook beliau click sini Wawa Idris ImejPatik.

Terima kasih penaja Sepanjang bengkel in kami mendapat penajaan yang banyak.. syukur alhamdulillah. Tahniah kepada yang menang lucky draw. Akak tak dapat  apa-apa. Tidak mengapa sebab banyak jajan boleh bawa balik. Kenyang budak 4 orang tu…
Semasa workshop ini berlangsung ada live photo update oleh UncleKay Photoworks (www.instagram.com/unclekayphotoworks). Video oleh: KAIO Studio (www.instagram.com/kaiostudio). Gambar yang menarik termasuk gambar ku..

Penaja lain ialah :-
Ratu Jannah
Salees☆Food Authentic Malaysian Halal Food Made Easy!
MBH_MEDISPA
Chemboja
#EyeMasterOptometrist
#OptometristWan
Jika anda berminat untuk menghadiri kursus seperti atau mendapat khidmat nasihat dari Wawa Idris boleh menghubungi beliau di
Instagram WawaIdris_ImejPatik
Facebook Wawa Idris ImejPatik
Web : http://www.wawaidris.imejpatik.com

WOW Virtue Training & Image Consultant
Suite : 33-01, 33rd Floor
Menara keck Seng
203 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: +6019.236.3907 /  +603.2116.9619
Fax: +603.2116.5999



3 comments:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...