22 November 2015

TERBANG KE PENANG DENGAN AIRASIA

Terbang ke Penang dengan AirAsia. Secara kebetulan cuti sekolah sudah bermula. Anak-anak berjalan naik kapal terbang pula. Naik kereta lama katanya. Ok lah bawa naik kapal terbang. Masa kecil dulu diaorang tidak ingat rasanya. Bila sudah besar, boleh refesh memori.







Dari Melaka kami naik bus ke TBS. Kemudian naik ERL ke KLIA2. 29 minit sampai KLIA2. Masa korang kecil belum ada lagi. Gayat



Ini adalah latihan kepada anak-anak sebelum pergi jauh lagi. Penerbangan dari KLIA2 ke Penang mengambil masa lebih kurang 45 minit.





Bila tanya part mana tang best. Masa hendak naik..korang tau tak..part itu lah yang mak takut. Dudukkan diaorang tepi tingkap. Haris, hanif dan momee. Abang duduk dengan adik. Momee kena jaga kembar. Sebab bukan boleh percaya.. stewardess pun dia ngorat kang. Adik dengan cakap abang.

Macam-macamlah diaorang tanya. Kenapa tidak ada burung. Secara kebetulan hujan. Begegar kapal terbang. Mak masa gi oversea terkena petih dan hujan dalam kapalterbang ..lagi takut.

Selagi di atas awan selagi itu lah mak kecut perut. Pilot yang bawa kapal terbang pun tidak ganas.. siapa yang selalu naik kapal terbang tahu lah apa maksud ganas... haaaaa







Airport Penang macam biasa orang ramai. Kalau tidak faham mesti sesat dalam lautan manusia. Pergi mana lah depa ni ramai-ramai. Fahamlah airport kecil tidak macam KLIA2 banyak wings.



Apa pun perjalanan kali ini menarik sebab anak-anak sangat behave dan dengar cakap. Boleh tolong bawa barang. Tidak sabar untuk terbang lagi..lebih jauh dengan AirAsia...

AirAsia I'm goin to fly with you again very soon....

Ok bai

No comments:

Post a Comment